Diskaun Saman Trafik 50% Disember 2021 – PDRM

TAWARAN PENGURANGAN SAMAN PDRM (DISKAUN SAMAN 50%) BULAN DISEMBER 2021

Terdapat banyak negeri yang menawarkan diskaun saman bagi bulan Disember 2021 ini.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang pengurangan saman yang ditawarkan dan cara untuk anda membuat semakan saman secara online.

Diskaun Saman Trafik Disember 2021

1) Perlis

tarikh diskaun : 1- 5 Disember 2021

Pengurangan 50% Untuk Semua Jenis Saman Kecuali :

  1. Saman kemalangan
  2. Tidak Boleh Dikompaun (NC)
  3. Saman dalam perbicaraan
  4. Saman berstatus waran thun semasa / status mahkamah
  5. Saman berkaitan lori

Kaedah Pembayaran

Bagi mendapatkan potongan saman ini 50%, pengguna perlu membuat bayaran secara manual di semua kaunter JSPT IPK Perlis, Arau dan Padang Besar.

2) Sarawak

DISKAUN SAMAN 50% DI SEMUA KAUNTER SAMAN TRAFIK SELURUH KONTINJEN SARAWAK

Bermula 01 hingga 14 Disember 2021 seluruh Kontinjen Sabah akan membuka kaunter diskaun saman trafik dari jam 8:30 pagi hingga 3:00 petang (waktu pejabat).

Diskaun 50% untuk semua jenis saman KECUALI :

  • 1. Tidak Patuhi Lampu Isyarat Merah
  • 2. Lorong Kecemasan
  • 3. Potong Secara Memberhaya
  • 4. Potong di Garisan Berkembar
  • 5. Kemalangan
  • 6. Dalam Perbicaraan
  • 7. Tidak Boleh Kompaun
  • 8. Kesalahan Berkaitan Lori
  • 9. Pengubahsuaian Ekzos

Pastikan anda mengamalkan penjarakan sosial dan memakai Face Mask semasa berurusan di Kaunter Pembayaran.

3) Kelantan

DISKAUN SAMAN 50% DI SEMUA KAUNTER SAMAN TRAFIK SELURUH KONTINJEN KELANTAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN KELANTAN

Tarikh 15 – 30 November 2021

Diskaun saman

Bermula 15 hingga 30 November 2021 seluruh Kontinjen Kelantan akan membuka kaunter diskaun saman trafik dari jam 8.30 pagi hingga 4:00 petang (waktu pejabat).
Diskaun 50% untuk semua jenis saman KECUALI :

  1. Tidak Patuhi Lampu Isyarat Merah
  2. Lorong Kecemasan
  3. Potong Secara Merbahaya
  4. Potong di Garisan Berkembar
  5. Dalam Perbicaraan
  6. Tidak Boleh Kompaun
  7. Kesalahan Berkaitan Lori
  8. Pengubahsuaian Ekzos
    Pastikan anda mengamalkan penjarakan sosial dan memakai Face Mask semasa berurusan di Kaunter Pembayaran.

4) Pahang

POTONGAN 50% TRAFIK PDRM KONTINJEN PAHANG

PDRM Kontinjen Pahang akan melaksanakan tawaran diskaun tawaran pengurangan 50% bayaran saman PDRM di semua kaunter saman PDRM seluruh Kontinjen Pahang bermula 22 November sehingga 6 Disember 2021 ( Kecuali Sabtu dan Ahad ).

Diskaun saman

Orang ramai dijemput hadir bagi menjelaskan saman-saman trafik PDRM (diskaun tertakluk kepada terma dan syarat) di mana-mana kaunter trafik di seluruh negeri Pahang.

5) Negeri Sembilan

POTONGAN 50% TRAFIK PDRM KONTINJEN NEGERI SEMBILAN

PDRM Kontinjen Negeri Sembilan akan melaksanakan tawaran diskaun tawaran pengurangan 50% bayaran saman PDRM di semua kaunter saman PDRM seluruh Kontinjen Pahang bermula 29 November sehingga 8 Disember 2021.

Orang ramai dijemput hadir bagi menjelaskan saman-saman trafik PDRM (diskaun tertakluk kepada terma dan syarat) di mana-mana kaunter trafik di seluruh Negeri Sembilan.

6) Kedah

Diskaun Saman Trafik di Kedah

tarikh: 6-8 Disember 2021

Untuk semua jenis saman kecuali:

  1. Tidak patuh lampu isyarat
  2. Lorong kecemasan
  3. Potong secara merbahaya
  4. Potong di garisan berkembar
  5. Kemalangan
  6. Dalam perbicaraan
  7. Tidak boleh kompaun
  8. Kesalahan berkaitan lori
  9. Pengubahsuaian ekzos

7) Perak

HEBAHAN PENGURANGAN SAMAN 50% SAMAN TRAFIK PDRM PERAK

Kaunter semakan dan bayaran Saman Trafik PDRM Perak tawaran diskaun 50% akan dibuka pada ketetapan berikut:

Waktu Operasi:

  • Isnin hingga Khamis : 9.00 pagi – 4.00 petang (Rehat 1.00 petang – 2.00 petang)
  • Jumaat : 9.00 pagi – 4.00 petang (Rehat 12.00 t/hari – 2.30 petang)

Lokasi : Semua Kaunter Saman Trafik PDRM Perak

Saman yang BERKECUALI untuk tawaran diskaun 50% :

  1. Saman Kemalangan Tahun 2021
  2. Saman Tidak Boleh Kompaun (NC)
  3. Saman Berstatus Bicara Mahkamah (’m’)
  4. Saman Berkait Kenderaan M/Lori (‘β’)
  5. Saman Kesalahan Potong Secara Berbahaya/ Potong ‘Q’ Tahun 2021
  6. Saman Kesalahan Menggunakan Lorong Kecemasan Tahun 2021
  7. Saman Kesalahan Melanggar Lampu Isyarat Merah Tahun 2021
  8. Saman Kesalahan Potong Di Garisan Berkembar Tahun 2021
  9. Saman Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos Kenderaan (’ë’)

Harga saman yang layak diskaun 50% juga tertakluk kepada terma dan syarat
Semua orang awam dinasihatkan ke Kaunter saman Bahagian Siasatan dan Penguatkuatsaan Trafik Daerah terdekat untuk semak dan cetak saman yang ingin dibayar bagi mengelakkan berlakunya kesesakan dan kekeliruan semasa hari pembayaran.

Pembayaran melalui Kad Kredit/ Debit adalah sehingga 24 Disember 2021 sahaja.

Cara Semakan Saman Online

Perkhidmatan digital, MyBayar Saman yang baru dilancarkan ini bertujuan memudahkan pengguna melakukan bayaran saman trafik dengan mudah terus kepada pihak PDRM secara atas talian (online).

mybayar saman

Anda hanya perlu mendaftar sebagai pengguna dan selepas itu anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang ditawarkan seperti membuat semakan saman dan pembayaran secara atas talian.

Untuk membuat semakan sama ada anda mempunyai saman tertunggak atau saman trafik yang berkenaan, sila layari pautan https://mybayar.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi MyBayar Saman melalui Google Playstore atau iOS Store.

*NOTA: DISKAUN SAMAN YANG DINYATAKAN DI ATAS TERTAKLUK KEPADA PEMBAYARAN MANUAL SAHAJA

Cara Pendaftaran MyBayar Saman

Untuk mendapatkan diskaun saman ini, anda hanya perlu mendaftar sebagai pengguna melalui 2 cara berikut:

Orang ramai boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :

i) Portal – https://mybayar.rmp.gov.my
ii) Google playstore – https://play.google.com/store/apps/details
iii) Apple store – https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016
iv) Huawei Appstore – https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205

Terdapat 3 langkah yang perlu diambil untuk menggunakan portal dan aplikasi berkenaan iaitu Pendaftaran, Semakan dan Pembayaran.

Di mana menerusi Pendaftaran, pengguna perlu memasukkan maklumat diri yang diperlukan, isi pengesahan OTP dan login masuk portal / aplikasi berkenaan.

Menerusi Semakan pula, pengguna boleh menyemak saman yang hendak dibayar. Notifikasi saman juga akan dipaparkan sekiranya mempunyai saman baharu.

Seterusnya pengguna boleh memilih mod transaksi dalam laman Pembayaran untuk melangsaikan saman terbabit.

Mybayar saman
Mybayar saman

Baca juga: Cara Print Dokumen Terus Dari Handphone Ke Printer Tanpa Laptop & PC

PDRM berharap pengurangan kompaun saman ini akan membantu orang ramai yang terkesan dalam menjelaskan saman-saman mereka yang tertunggak pada masa sukar pandemik Covid-19 ini.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk IPD PDRM setiap negeri masing-masing.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: