Internet Anda Terganggu? Ini Kenyataan MCMC Tentang Punca Masalah Tersebut

Adakah anda mengalami masalah gangguan talian komunikasi dan internet baru baru ini?

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) semalam menyatakan terdapat satu insiden di mana menara milik TM tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang.

Kejadian ribut yang berlaku pada jam 4 petang, 13 Jun 2021 itu menumbangkan menara yang juga dikongsi bersama Celcom.

Akibatnya kawasan liputan Seberang Perak, Perak Tengah dijangka akan mengalami gangguan talian komunikasi dan juga internet terutama bagi pelanggan TM Unifi Mobile dan juga Celcom.

Mengikut kenyataan rasmi yang disiarkan oleh MCMC, kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan dan dijangka akan pulih selewat-lewatnya Jumaat ini. Sementara itu, Mobile Base Transceiver Station (MBTS) sudah akan digerakkan ke lokasi yang terjejas untuk membuat liputan sementara di kawasan terbabit.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: