in

Suami Lengkap Vaksin Boleh Teman Isteri Bersalin – KJ

suami teman isteri bersalin
ADVERTISEMENT

SUAMI LENGKAP VAKSIN BOLEH TEMAN ISTERI BERSALIN, PERLU JALANI UJIAN COVID

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi kebenaran kepada suami yang lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 untuk menemani isteri yang akan melahirkan anak dalam wad bersalin.

ADVERTISEMENT

Menterinya, Khairy Jamaluddin, berkata beliau sudah meminta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk mengeluarkan kebenaran itu di semua hospital kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, suami yang mahu menemani isteri dalam wad bersalin perlu menjalani ujian COVID-19 dan disahkan negatif, sebelum dibenar berbuat demikian.

“Saya sudah minta Tan Sri Dr Noor Hisham untuk membenarkan bakal bapa yang lengkap divaksinasi dan menjalani ujian saringan COVID dan negatif, untuk menemani isteri mereka dalam wad bersalin,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas permintaan seorang pengguna Twitter, yang memohon suami lengkap divaksin dan negatif ujian saringan COVID-19 dibenarkan menemani isteri dalam bilik bersalin.

Baca juga: Seluruh Sarawak Beralih Ke Fasa 3 Mulai 1 Oktober 2021

Menjawab permintaan sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan akan mengeluarkan arahan untuk membenarkan suami yang lengkap divaksin dan bebas COVID-19 untuk teman isteri dalam wad bersalin.

“Ya, saya akan laksanakan apa yang diperlukan,” katanya.

Sebelum ini, hospital kerajaan tidak membenarkan suami untuk menemani isteri di dalam dewan bersalin sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac tahun lalu akibat penularan COVID-19.

Sumber: Berita Harian

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

sarawak fasa 3

Seluruh Sarawak Beralih Ke Fasa 3 Mulai 1 Oktober 2021

Cara Buka Akaun ASB Secara Online. Lagi Mudah & Cepat!