in

4 Murid SK Subang Jaya Positif COVID19, Ibu Bapa Gesa Sekolah Ditutup

ADVERTISEMENT

Setelah lebih seminggu persekolahan dibuka, terdapat laporan mengenai empat murid didapati positif Covid-19 di Sekolah Kebangsaan (SK) Subang Jaya.

Dengan kes aktif yang dilaporkan itu, sekolah berkenaan telah menutup tiga kelas dan mengarahkan murid terjejas serta 17 guru menjalani kuarantin rumah.

ADVERTISEMENT

Sehubungan itu, satu petisyen telah dilakukan untuk menutup sesi persekolahan tersebut agar sesi petang bagi murid Tahun 1 hingga 3 ditutup.

Petisyen yang didaftarkan di change.org oleh Raja Nurul Huda Raja Halimul Rashid itu menggesa pejabat pendidikan daerah Petaling Perdana mengambil tindakan segera, walaupun empat murid itu bukannya dijangkiti di sekolah.

Difahamkan bahawa jumlah kehadiran rendah buat masa ini, namun sekolah hanya menutup tiga kelas meskipun terdapat kes aktif dilaporkan dan hanya mengarahkan murid terjejas serta 17 guru menjalani kuarantin di rumah.

Mengulas hal ini, Pakar Kesihatan Awam, Dr Safiya Amaran berkata prosedur yang diambil oleh SKSJ ialah betul memandangkan guru dan pelajar serta telah menutup kelas yang terlibat. Namun jika terdapat kerisauan dari kalangan ibu bapa, penutupan sekolah boleh dilaksanakan.

*Sumber: NST

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

lemah tenaga batin

Kalau Perempuan ‘Putus Haid’, Lelaki Pula ‘PADAM’. Ini Tanda Awal Kena Tahu – Dr Suhazeli

kemaskini gkp tambahan

GKP Tambahan: 15 Mac Tarikh Akhir Kemaskini Penerima GKP 1.0 & 2.0