Vivo Akan Lancar Vivo X70 Pro Dengan Cip ISP Yueying
Terdapat desas-desus yang menyatakan Vivo X70 Pro akan menjadi peranti pintar andalan seterusnya bagi siri Vivo X dan dijangka akan dilancarkan pada bulan hadapan.
Kini desas-desus itu terbukti kerana peranti pintar baharu ini telah disenaraikan di Google Play Console dan juga beberapa keping gambar yang dikatakan Vivo X70 Pro tertiris.
Tambahan lagi, Vivo X70 Pro ini dikatakan akan menggunakan cip ISP buatan mereka sendiri yang diberi nama Yueying.
Seperti yang kita ketahui, siri X dari Vivo terkenal sebagai peranti kelas fotografi dan dengan menggunakan cip ISP tersendiri, sudah tentu sistem kamera dapat digunakan lebih baik tanpa halangan mana-mana dari pengeluar cip.
Jika kita lihat senarai di atas, ianya akan didatangkan dengan cip pemprosesan dari MediaTek iaitu MediaTek MT6893 atau lebih dikenali sebagai MediaTek Dimensity 1200.
Vivo X70 Pro ini akan menggunakan skrin berukuran 6.56 inci FHD+ dengan resolusi 1080×2376 berkadar segar skrin 120Hz dan juga dikatakan terdapat perlindungan skrin Corning Gorilla Glass.
RAM yang akan didatangkan adalah sebesar 8GB dan mungkin dipadankan dengan storan 128GB. Sokongan pengecasan pantas yang diberikan ialah 44W dan didatangkan dengan bateri sebesar 4500mAh.
Peranti pintar ini akan menjalankan Android 11 dengan antaramuka yang disertakan ialah Funtouch OS 11.1 dan untuk pasaran global berkemungkinan akan disertakan Origin OS.
Menurut laman 91mobiles, Vivo X70 Pro akan dijangka dilancarkan secara rasmi pada 1 September ini. Oleh itu sama-sama kita nantikan berkaitan harga dan spesifikasi penuh yang akan diberikan pada peranti pintar baharu ini.
Sumber: 91mobiles