Vivo Melancarkan Lagi Model Baharu?Ketahui Lebih Lanjut Disini

Pengeluar peranti pintar Vivo dengan rasminya melancarkan model terbaharu di bawah siri Y dikenali sebagai Vivo Y33s.

Vivo Y33s merupakan peranti kelas pertengahan tetapi jika dilihat dari segi spesifikasi ianya peranti pintar yang lebih baik daripada Vivo Y21 yang dilancarkan minggu lepas.

Vivo Y33s ini didatangkan dengan paparan FHD+ dan skrin berukuran 6.58 inci serta beresolusi 1080×2408 pixel.

Peranti pintar ini menggunakan cip pemprosesan daripada MediaTek iaitu MediaTek Helio G80 berserta 8GB RAM dengan tambahan 4GB virtual RAM dan storan dalaman 128GB.

Ianya juga dilengkapi dengan bateri sebesar 5000mAh dan terdapat sokongan pengecasan pantas 18W.

Kamera utamanya pula adalah 50MP, kamera depth 2MP dan juga kamera makro 2MP. Bagi kamera hadapan pula adalah 16MP.

Bagi Android pula, ianya dilengkapi dengan Android 11 yang menjalankan antramuka Funtouch OS 11.1.

Ciri-ciri lain yang terdapat pada peranti pintar ini adalah pengimbas cap jari sisi, Bluetooth 5.0, port sambungan USB-C dan banyak lagi.

Tanda harga untuk peranti pintar ini ialah ₹17,990 bersamaan RM1024 dan peranti pintar sudah dapat dilihat ditawarkan di kedai atas talian seperti Amazon.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: