Kancil Kuning Viral Disita, Pemandu Gelandangan Tiada Lesen Memandu
VIDEO VIRAL KANCIL KUNING BURUK DI JALAN RAYA
JSPT KL, 25 April 2021 – Bertindak ke atas sebuah video Viral Tik Tok berkaitan sebuah kereta kancil warna kuning yang tiada bumbung, diketuai YDH DSP Mohd Fadzli Mohd Yatim, Pegawai Turus Penguatkuasa Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur telah tahan dan buat pemeriksaan ke atas sebuah kereta kancil warna kuning yang sama dalam video viral.
Pemeriksaan mendapati pemandu tidak mempunya lesen memandu.
Kereta Kancil berwarna kuning yang tular di media sosial ini didapati tidak mempunyai cukai jalan, tidak mempunyai bumbung dan tayar kereta hadapan sebelah kanan pecah.
Baca juga: “Kami Tak Dapat Keluar,” Ini Nota Terakhir Komander Kapal Selam Kursk
Turut ditahan sebuah lagi kereta kancil warna hijau yang tidak mempunyai nombor pendaftaran dan cermin pecah dibahagian pintu belakang sebelah kiri.
Kedua-dua kereta tersebut ditahan dibawah Sesyen 64 APJ 1987 kerana tidak layak berada di atas jalan raya dan membahayakan kepada pengguna yangg lain.
Difahamkan kereta kancil kuning ini telah dikesan beberapa kali oleh pengguna media sosial dan kini trending di medium TikTok selepas dimuat naik video ia dipandu di jalan raya.
Rata-rata netizen berasa lega dengan penahanan JSPT kerana ia mungkin boleh membahayakan pengguna dan oemandu tersebut.
Namun pada masa yang sama, ada yang turut bersimpati kerana gara-gaa viral, pemandu tersebut mungkin tiada pilihan dan tidak lagi mempunyai kenderaan lain untuk memenuhi keperluannya.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kereta berkenaan ditemui di Bandar Metropolitan, Kepong, di sini.
Menurutnya, tindakan diambil selepas video tular di aplikasi Tik Tok, baru-baru ini mengenai Perodua Kancil berwarna kuning yang tiada bumbung.
“Kami melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan itu yang dinaiki seorang lelaki berusia 47 tahun dipercayai gelandangan di lokasi berkenaan kira-kira jam 1 pagi.
“Didapati pemandu yang berasal dari Raub, Pahang itu juga tidak mempunyai lesen memandu, selain kereta berwarna kuning tidak tiada cukai jalan, tidak berbumbung dan tayar hadapan sebelah kanan pecah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Harian Metro, pemandu terbabit adalah gelandangan yang tidur dalam kereta dan pernah dua kali dikenakan tindakan (saman serta sita kenderaan) atas kesalahan sama.