Apa Itu Penyakit X, Simptom & Langkah Pencegahan

Apa Itu Penyakit X,  Simptom & Langkah Pencegahan | Dalam satu sidang media, Kementerian Kesihatan Malaysia menjelaskan mengenai sebuah wabak yang dikenali sebagai Penyakit X serta kesiapsiagaan Malaysia dalam mendepani cabaran penyakit tersebut pada masa hadapan. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: Seakan Bell’s Palsy, Ini Dia Ramsay Hunt Syndrome, Penyakit Yang Dialami Justin Bieber

Apa Itu Penyakit X?  

Penyakit X adalah istilah yang digunakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2018, merujuk kepada sejenis patogen yang tidak diketahui, namun ia berpotensi menyebabkan wabak di seluruh dunia.

Istilah ini diperkenalkan bagi menggalakkan peralihan tumpuan penyelidikan dari strain virus tunggal ke arah pengkelasan virus yang lebih menyeluruh, seterusnya memperkukuhkan kapasiti global dalam kesiapsiagaan menghadapi patogen yang belum dapat dikenal pasti ini.

WHO juga menekankan keperluan perancangan yang fleksibel dan pemantapan kesiapsiagaan bagi menghadapinya pada masa hadapan. 

Pengumuman awal mengenai Penyakit X ini yang dilakukan oleh pihak KKM bukanlah untuk menimbulkan kegusaran sebaliknya ingin menimbulkan kesedaran dan kesiapsiagaan sekiranya penyakit itu benar-benar menyerang pada masa hadapan.

Pihak Kementerian Kesihatan memberi jaminan tentang kesiapsiagaan dari segi pengawasan, peralatan dan kerjasama antara agensi untuk menangani “Penyakit X”. 

Simptom / Ciri-ciri

Walaupun ciri-ciri Penyakit X ini belum dikenal pasti, namun pakar-pakar kesihatan telah menyuarakan kebimbangan terhadap impaknya, 

Penyakit X dijangkakan mudah tersebar seperti campak dan boleh mengancam nyawa seperti Ebola. 

Langkah Pencegahan

Berikut merupakan antara langkah pencegahan yang dirangka untuk mengelakkan serangan pandemik yang seterusnya disebabkan oleh Penyakit X:

  • Melabur dalam Pengawasan: Bangunkan sistem pengawasan global yang teguh untuk mengesan ancaman yang muncul lebih awal.
  • Pendekatan “One Health”: Mengiktiraf kesalinghubungan kesihatan manusia, haiwan dan alam sekitar untuk mengenal pasti dan mengurangkan risiko.
  • Penggunaan Antibiotik: Melaksanakan pengawasan antimikrobial untuk memerangi patogen tahan dadah.
  • Memperkukuh Sistem Penjagaan Kesihatan: Bina kapasiti dalam sistem penjagaan kesihatan untuk tindak balas wabak dan keperluan penjagaan kesihatan rutin.
  • Kerjasama Global: Memupuk kerjasama antarabangsa dalam perkongsian maklumat, peruntukan sumber dan usaha penyelidikan.
  • Pelan Kesediaan: Membangunkan pelan persediaan wabak yang komprehensif, termasuk menimbun bekalan penting dan pasukan tindak balas pantas.

BACA JUGA: Cepat Letih & Semput Lepas Kena Covid, Dr Kongsi Teknik Pernafasan ‘Deep Breathing’

Kenyataan Media

Rujuk Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah:

Apa Itu Penyakit X, Simptom & Langkah Pencegahan
Apa Itu Penyakit X, Simptom & Langkah Pencegahan
Apa Itu Penyakit X, Simptom & Langkah Pencegahan
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: