Seakan Bell’s Palsy, Ini Dia Ramsay Hunt Syndrome, Penyakit Yang Dialami Justin Bieber

Penyanyi Justin Bieber mendedahkan dia mengalami ‘kelumpuhan muka’ disebabkan oleh sindrom Ramsay Hunt.

Dalam video terkini yang dikongsikan oleh penyanyi itu, kita boleh lihat bibir sebelah kirinya saja yang bergerak, mata sebelah kiri sahaja yang berkedip dan anggota wajah sebelah kirinya sahaja yang bergerak.

BBC News melaporkan, penyanyi itu turut mengumumkan untuk membatalkan beberapa siri konsert jelajahnya.

Justin kini dalam jelajah Justice di Amerika Utara dan telah membatalkan persembahan di Toronto, Washington DC dan New York.

https://twitter.com/Rap/status/1535358773170253825?t=BKgI0MrrC2GUrixK0qlrew&s=19

Apakah itu Ramsay Hunt Syndrome dan adakah ia merbahaya?

Di sini kami kongsikan faktanya berdasarkan laman web perubatan MayoClinic.

Apakah Ramsay Hunt Syndrome?

Sindrom Ramsay Hunt (herpes zoster oticus) berlaku apabila wabak kayap (shingles) menjejaskan saraf muka berhampiran salah satu telinga seseorang.

Sindrom Ramsay Hunt disebabkan oleh virus yang sama yang menyebabkan cacar air. Selepas cacar air hilang, virus itu masih hidup dalam saraf.

Beberapa tahun kemudian, ia mungkin diaktifkan semula. Apabila ia berlaku, ia boleh menjejaskan saraf muka pesakit.

Selain ruam kayap yang menyakitkan, sindrom Ramsay Hunt boleh menyebabkan kelumpuhan muka (facial paralysis) dan kehilangan pendengaran pada telinga yang terjejas.

Simptom

Dua tanda dan gejala utama sindrom Ramsay Hunt ialah:

  1. Ruam merah yang menyakitkan dengan lepuh berisi cecair pada, dalam dan sekitar satu telinga
  2. Kelemahan muka atau lumpuh pada bahagian yang sama dengan telinga yang terjejas

Sekali pandang, ada yang menyangka ia lebih kurang macam Bell’s Palsy. Namun ada perbezaan pada ruam yang bermula di telinga.

Biasanya, ruam dan lumpuh muka berlaku pada masa yang sama. Kadang-kadang satu boleh berlaku sebelum yang lain atau tiada ruam langsung.

Jika seseorang menghidapi sindrom Ramsay Hunt, pesakit itu mungkin juga mengalami:

  • Sakit telinga
  • Hilang pendengaran
  • Berdering di telinga anda (tinnitus)
  • Sukar menutup sebelah mata
  • Sensasi berputar atau bergerak (vertigo)
  • Perubahan dalam persepsi rasa atau kehilangan rasa
  • Mulut dan mata kering

Komplikasi / Rawatan

Umumnya Ramsay Hunt Syndrome mengambil masa yang agak lama untuk kembali kepada normal.

Ada sesetengah seawal 3 bulan ke bawah , Ada juga yang lebih 6 bulan dengan bantuan rawatan physiotherapy atau magnetotherapy.

Bergantung kepada individu, ada sesetengah yang mengalami lumpuh kekal, ada yang ambil masa lebih dari setahun dengan lumpuh separa.

Prognosis untuk jangka masa panjang , ramsay Hunt adalah lebih merbahaya dari Bell palsy kerana dalam kebanyakkan kes , lumpuh separa pada muka akan kekal disebabkan kerosakan saraf oleh virus.

Ada juga risiko akan pekak kekal jika saraf yang rosak tidak boleh pulih seperti biasa.

Sumber: MayoClinic

https://twitter.com/bieberfever/status/1535368932865060870?t=LJWQfMGhLcKl7ls-54mnDQ&s=19

Konsert Justin Bieber Mungkin Dibatalkan ?

Konsert Justin Bieber di Malaysia bakal dilangsungkan pada bulan Oktober, iaitu hanya tinggal lebih kurang 3-4 bulan sahaja lagi.

Menurut sumber, sekiranya tidak banyak kerosakan pada saraf, seseorang akan dapat pulih dalam masa beberapa minggu.

Jika kerosakan lebih teruk, pesakit mungkin tidak pulih sepenuhnya, walaupun selepas beberapa bulan.

Secara keseluruhan, peluang untuk pulih daripada Ramsay Hunt Syndrome adalah lebih baik jika rawatan dimulakan dalam masa 3 hari selepas gejala bermula.

Buat masa ini, masih belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak pengurusan konsert World Tour Justin Bieber.

Sementara itu, peminat-peminat Justin Bieber turut berduka dan mendoakan agar penyanyi itu dapat sembuh daripada kondisi tersebut.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: