No Plat Khas UMP ‘UC’ Dibuka Untuk Bidaan Mulai 1 Februari
MAKLUMAT BERKENAAN BIDAAAN NO PLAT KHAS UMP – UC
Pengerusi Lembaga Pengarah Urusan UMP, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, bagi kakitangan dan pelajar UMP, mereka berpeluang mendapat harga istimewa apabila ditawarkan mulai 25 Februari ini.
“UMP menyasarkan penjualan siri nombor pendaftaran UC mampu mencecah sehingga RM3.5 juta bagi fasa pertama.
“Kombinasi dua huruf UC ini diambil bagi mewakili huruf U iaitu awalan perkataan UMP, manakala C adalah nombor pendaftaran kenderaan rasmi bagi negeri ini yang juga identiti Pahang,” katanya pada majlis penyerahan nombor plat khas UC di UMP Gambang, di sini, hari ini.
Abdul Aziz berkata, penjualan nombor pendaftaran khas itu susulan hasrat dan inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mahu semua universiti awam menjana pendapatan sendiri.
Hadir sama, Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMP dan Pengarah Urusan Aquatwo Sdn Bhd, Datin Nabiha Mustapha.
MAKLUMAT BERKENAAN BIDAAAN NO PLAT KHAS UMP – UC
Bidaan nombor plat UC ini adalah sebahagian usaha Yayasan UMP meningkatkan sumber pendapatan untuk disalurkan untuk pelbagai program kebajikan bagi manfaat pelajar dan golongan memerlukan.
Layari https://www.ucplat.com.my/ untuk proses bidaan bermula 1 Feb sehingga 14 Feb 2022.
Baca juga: mySIKAP: Cara Renew Lesen JPJ Online & Roadtax Tanpa Ke Kaunter
Mereka yang berminat boleh melayari laman sesawang http://www.ucplat.com.my bermula 1 Februari hingga 14 Februari ini untuk didaftarkan bermula 1 Mac sehingga Oktober 2024.
Sumber: Harian Metro