in

Pemakaian Baju Batik Setiap Khamis – Pekeliling Kerajaan

baju batik kerajaan
ADVERTISEMENT

KERAJAAN GALAK PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PAKAI BATIK SETIAP KHAMIS & PENGUMUMAN HARI BATIK MALAYSIA 3 DISEMBER

KUALA LUMPUR, 1 Dis — Kerajaan menggalakkan pegawai perkhidmatan awam Persekutuan memakai pakaian batik Malaysia sebagai pakaian bekerja pada setiap Khamis termasuk bagi menghadiri majlis rasmi dalam atau luar negara seperti persidangan antarabangsa atau perjumpaan pelawat asing.

ADVERTISEMENT

Pekeliling Kerajaan Tentang Pemakaian Baju Batik Oleh Pegawai Perkhidmatan Awam

Menurut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2021 yang diedarkan hari ini, yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, ketetapan pemakaian pakaian batik Malaysia itu tidak terpakai kepada pegawai yang dibekalkan dengan pakaian seragam atau menghadiri majlis rasmi yang telah ditetapkan kod pakaian tertentu.

Dasar baharu itu juga tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, pemakaian peruntukan Surat Pekeliling Perkhidmatan tersebut dipanjangkan kepada semua perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

baju batik kerajaan hari malaysia

Menurut pekililing itu ketetapan baharu itu meminda kehendak pemakaian pakaian batik Malaysia perenggan 4, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006 mengenai Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi.
“Dengan berkuat kuasanya Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2008 mengenai Pemakaian Pakaian Batik Malaysia oleh Pegawai Awam Pada Hari Khamis adalah dengan ini dibatalkan,” menurut pekeliling itu.

Sila rujuk pautan SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2021: PEMAKAIAN PAKAIAN BATIK MALAYSIA BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

Pautan : https://bit.ly/3EbgmxJ

Baca juga:

3 Disember Setiap Tahun Diisytiharkan Sebagai Hari Batik Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengisytiharkan tarikh 3 Disember setiap tahun sebagai Hari Batik Malaysia bermula tahun ini dan berharap pengisytiharan tersebut dapat menggalakkan seluruh rakyat termasuk pihak swasta dan semua masyarakat berbilang kaum untuk memakai pakaian batik Malaysia.

— BERNAMA

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cuti Di Wilayah Persekutuan Jumaat Ini Sempena Piala Malaysia

Cara Check Baki Kad Touch N Go Online / Guna IC