PEMERKASA: Bantuan Tunai RM600 Untuk Pengusaha Homestay

Bantuan Tunai One-off RM600 Kepada Pengusaha Homestay

Kerajaan bersetuju menyalurkan Geran Bantuan Khas secara ‘one-off’ sebanyak RM3,000 kepada lebih 5,000 agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Selain itu, kerajaan juga bersetuju untuk menyediakan bantuan tunai secara one-off sebanyak RM600 kepada pengusaha homestay yang berdaftar dengan MOTAC menerusi pengumuman PEMERKASA sebentar tadi.

Katanya, bantuan itu dijangkakan dapat memanfaatkan lebih 4,000 tuan rumah atau pengusaha Program Pengalaman Homestay.

“Industri pelancongan adalah antara sektor yang terjejas teruk akibat penularan wabak COVID-19. Bagi mengurangkan beban dan menyokong pemulihan sektor ini, kerajaan akan melanjutkan pengecualian cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan ke atas penginapan yang disediakan oleh pengendali hotel sehingga 31 Disember 2021.

Jika anda merupakan pengusaha homestay yang belum pernah berdaftar dengan MOTAC, anda bolehlah mendaftar untuk mendapatkan pelbagai inisiatif dan bantuan kerajaan.

Rujuk: Pendaftaran Premis Penginapan Pelancong (Homestay) MOTAC

bantuan rm600 homestay

Maklumat Lanjut Tentang Bantuan Homestay RM600

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web MOTAC di http://www.motac.gov.my/ atau rujuk saluran di bawah:

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
No. 2, Menara 1, Jalan P5/6
Presint 5
62200 PUTRAJAYA

Telefon: 03 8000 8000

Faks: 03 8891 7100

WAKTU BERURUSAN
Isnin – Khamis
7.30 pg – 5.30 ptg
1.00 ptg – 2.00 ptg (Waktu Rehat)

Jumaat
7.30 pg – 12.15 ptg
12.15 tghari – 2.45 ptg (Waktu Rehat)
2.45 ptg – 5.30 ptg

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: