eStart : Kredit e-Wallet RM150 One-Off Untuk Belia & Pelajar IPT
Kerajaan telah mengumumkan sebuah lagi program e-wallet untuk belia melalui program eStart menerusi pembentangan Bajet 2022 baru-baru ini.
Inisiatif akan menerima peruntukan sebanyak RM300 juta melibatkan belia berusia antara 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar institut pengajian tinggi sepenuh masa.
Melalui program ini, sebanyak RM150 akan dikredit masuk ke akaun e-wallet individu yang layak.
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Aziz, program ini bakal memberikan manfaat kepada sejumlah 2 juta belia di seluruh negara.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program eStart Belia untuk makluman kita bersama.
Apakah Program eStart?
eStart (eSkim Transaksi Tanpa Tunai) adalah program pemberian kredit e-Wallet RM150 secara one-off untuk belia berusia 18 hingga 20 tahun dan pelajar IPT sepenuh masa.
Melalui program ini, sebanyak RM150 akan dikredit masuk ke akaun e-wallet individu yang layak.
Ini merupakan agihan kali keempat menerusi program seumpama ini, lanjutan dari agihan kredit eBelia RM150 eBelia RM150 pada tahun lalu, dan juga kredit ePenjana RM50 ePenjana RM50 pada 2020. Kredit tunai e-wallet pertama kali telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan menerusi program e-Tunai Rakyat RM30 e-Tunai Rakyat RM30 kepada seluruh individu RM30 berpendapatan kurang RM100,000 setahun.
Syarat Kelayakan Permohonan eStart
Berikut adalah kelayakan untuk permohonan:
- Warganeraga Malaysia dan belia berumur 18 hingga 20 tahun
- Pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.
Apakah eWallet Yang Terlibat?
Setakat ini masih belum dinyatakan perkhidmatan e-wallet mana yang akan menyertai program kali ini.
Sebelum ini,bantuan ini diagihkan melalui BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet melalui penebusan program eBelia PEMERKASA
Bilakah Tarikh Penebusan eWallet eStart?
Tarikh penebusan eWalet belum dimaklumkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan Maklumat lanjut boleh layari laman web Portal Belanjawan 2022 untuk sebarang maklumat terkini mengenai bantuan ini.
Anda juga boleh merujuk Bajet 2022: Intipati Bantuan Rakyat Yang Diumumkan untuk senarai bantuan yang telah diumumkan oleh Kerajaan.