Maksud B40, M40 & T20 Mengikut Pendapatan Isi Rumah 2022

Apa Maksud B40 M40 T20?

Mesti dah selalu kita dengar terma ini disebut di media sosial.

Tapi, adakah anda tahu maksud dan beza antara 3 golongan, kumpulan B40 M40 dan T20 berdasarkan pendapatan isi rumah serta bujang di Malaysia untuk tahun 2022 ini?

Mungkin ada yang belum tahu bahawa setiap kategori ini ada pecahannya yang lebih mendalam.

Kenapa penting untuk kita tahu sama ada kita termasuk dalam golongan B40, M40 dan T20?

Ini kerana, ia membantu kita melihat kemampuan diri di samping mengetahui bantuan yang tersedia bagi kategori berkenaan.

Baca juga:

Di sini kami kongsikan maksud 3 golongan ini serta jumlah gaji layak tersenarai kumpulan B40 M40 dan T20 bagi tahun 2022.

Maksud B40

Kalau kategori tangga gaji dan pendapatan isi rumah keluarga anda adalah RM4,850 sebulan dan ke bawah, anda tersenarai dalam kumpulan melibatkan B40 di Malaysia untuk tahun 2022 ini. B40 adalah singkatan bagi perkataan Bottom 40%.

Sila rujuk pecahan berikut:

KUMPULAN B40

B1 – Kurang daripada RM2,500

B2 – RM2,501 hingga RM3,170

B3 – RM3,171 hingga RM3,970

B4 – RM3,971 hingga RM4,850

Maksud M40

Golongan Middle 40% atau M40 di Malaysia ialah kumpulan pertengahan yang gaji dan pendapatan isi rumah antara RM4,851 sebulan sehingga RM10,970 sebulan untuk tahun 2022.

Sila rujuk pecahan berikut:

KUMPULAN M40

M1 – RM4,851 hingga RM5,880

M2 – RM5,881 hingga RM7,100

M3 – RM7,101 hingga RM8,700

M4 – RM8,701 hingga RM10,970

Maksud T20

Golongan kayangan T20 atau Top 20% adalah golongan berpendapatan tinggi, di mana gaji dan pendapatan isi rumah di Malaysia setiap bulan melebihi RM10,971 untuk tahun 2022.

KUMPULAN T20

T1 – RM10,971 hingga RM15,040

T2 – Lebih dari RM15,041 sebulan

Sumber: Facebook

Itu saja, mudah kan?

Oh ya, sebelum itu, mungkin perlu juga kita fahami bahawa pengekelasan pendapatan ini ada juga yang berdasarkan negeri.

Data di bawah ini menunjukkan kategori kelas pendapatan isirumah mengikut negeri yang dikongsikan oleh akhbar The Star.

Sebagai contoh: Isirumah A berpendapatan RM3,200 sebulan di Sarawak = Kump B40

Isirumah B berpendapatan berpendapatan RM3,200 sebulan di Kelantan = M40

Adakah anda rasa masih relevan jumlah gaji yang tersenarai dalam kategori tu?

Adakah anda rasa macam patut diubah atau dah cun dah tu? Jom kita bincangkan!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: