Pawagam Dibenarkan Beroperasi Mulai 9 September 2021

PAWAGAM DIBENARKAN BEROPERASI MULAI 9 SEPTEMBER 2021

Panggung wayang dibenarkan beroperasi mulai 9 September, Khamis ini dengan 50% kapasiti di ruang dewan tayangan pawagam.

Perkara ini diumumkan oleh PM DS Ismail Sabri menurut sebuah kenyataan media khas yang memberi kelonggaran kepada industri seni dan kreatif.

Walaubagaimanapun, buat masa ini hanya kepada individu yang telah lengkap vaksin dibenarkan memasuki pawagam.

Tambah beliau semua penggiat industri kreatif yang telah lengkap dua dos vaksin akan dibenarkan untuk kembali bergiat di negeri-negeri yang berada dalam Fasa 1 PPN.

Di bawah adalah senarai penuh aktiviti-aktiviti industri kreatif yang akan kembali dibenarkan bermula 9 September ini :

  1. Pembangunan dan penyiaran kandungan kreatif secara rakaman atau siaran langsung.
  2. Penyiaran secara rakaman atau siaran langsung berbentuk penyampaian maklumat dan hiburan dengan kehadiran penonton yang telah lengkap vaksin dengan kapasiti penonton 30 peratus di ruang studio.
  3. Penggambaran industri kreatif di dalam dan di luar studio kepada individu yang telah lengkap vaksin.
  4. Indoor busking kepada individu yang telah lengkap vaksin.
  5. Persembahan di lounge hotel kepada individu yang telah lengkap vaksin
  6. Aktiviti panggung wayang kepada individu yang telah lengkap vaksin dengan kapasiti 50 peratus di ruang dewan tayangan pawagam.
  7. Aktiviti persembahan langsung seperti seni teater, muzikal, muzik dan komedi (secara pradaftar) dengan penonton yang telah lengkap vaksin serta kapasiti penonton 30 peratus di ruang premis.
  8. Aktiviti pameran seni di dewan pameran, muzium dan galeri seni (secara janji temu) dengan pengunjung yang telah lengkap vaksin dengan kapasiti pengunjung 30 peratus di ruang premis.

Sumber: BERNAMA / Astro Awani

Baca juga: Institut Latihan Memandu (ILP) Dibenarkan Beroperasi Mulai 9 September

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: