in

MKN: 17 Sektor Perkhidmatan Perlu & Perniagaan Yang Dibenarkan (1-14 Jun)

sop total lockdown 1 jun
ADVERTISEMENT

SOP TOTAL LOCKDOWN SELURUH NEGARA MULAI 1 JUN 2021

Prosedur operasi standard (SOP) Sekatan Pergerakan Penuh (total lockdown) telah diumumkan dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri (PMO), petang ini, 30 Mei 2021 seperti yang dilaporkan oleh Bernama TV.

Sidang media itu dihadiri Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada jam 5 petang.

Sidang media berkenaan mengumumkan SOP Sekatan Pergerakan Penuh yang akan dikuatkuasakan selama 14 hari bermula 1 Jun ini susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang mencecah 9,020 pada Sabtu.

ADVERTISEMENT

Baca juga: Total Lockdown Seluruh Negara Mulai 1 Jun, Pakej Bantuan Akan Diumum Segera

sop total lockdown
Sumber infografik oleh BERNAMA

SOP PKP Total Lockdown Bermula 1 Jun 2021

17 SEKTOR PERKHIDMATAN PERLU (ESSENTIAL SERVICE)

Semua aktiviti Sektor Perkhidmatan Perlu yang dibenarkan beroperasi antaranya termasuklah 17 sektor berikut.

Senarai Perkhidmatan Perlu

  1. Makanan dan minuman termasuk untuk haiwan
  2. Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok
    diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan
    veterinar
  3. Air
  4. Tenaga
  5. Keselamatan (security and safety), pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan
  6. Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembetungan
  7. Pengangkutan melalui darat, air atau udara
  8. Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo dan pemaliman, dan penyimpanan atau pemukalan komoditi
  9. Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran (bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpama nya sahaja)
  10. Perbankan, insuran, takaful dan pasaran modal
  11. Kredit komuniti (pajak gadai dan Ar-rahnu)
  12. E-dagang dan teknologi maklumat
  13. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir
  14. Hotel dan penginapan (hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bukan tujuan pelancongan)
  15. Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
  16. Perkhidmatan perhutanan (terhad kepada
    penguatkuasaan) dan hidupan liar
  17. Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu

SEKTOR PERKILANGAN adalah tidak dibenarkan KECUALI bagi sektor di bawah ini dibolehkan dengan kapasiti 60% sahaja

  1. Aeorangkasa
  2. Makanan & minuman
  3. Bungkusan & Percetakan *makanan & kesihatan
  4. Bahan pencuci & penjagaan diri
  5. Perubatan dan kesihatan

Tindakan terhadap majikan boleh diambil jika tidak melaksanakan 60% Bekerja Dari Rumah (BDR)

SEKTOR PERTANIAN, PERLADANGAN & PERIKANAN

SEKTOR Pertanian, perikanan dan penternakan dibenarkan dan rantaiannya juga dibenarkan contohnya industri baja, racun dan sebagainya.

Perladangan dan komoditi juga dibenarkan termasuk rantaiannya juga dibenarkan beroperasi contohnya kilang memproses kelapa sawit dan pengangkutan kelapa sawit.

Kerja infrastruktur awam dan pembinaan awam yang menyediakan tempat tinggal yang lengkap dibenarkan beroperasi, dengan kapasiti optimum.

11 SOP Operasi Perniagaan Dalam Perkhidmatan Perlu Dibenarkan Beroperasi

11 perkhidmatan perlu termasuk stesen minyak telah disenaraikan di bawah seliaan KPDNHEP dalam tempoh PKP Penuh mulai 1 Jun 2021.

  • Kompleks membeli belah / shopping mall TIDAK DIBENARKAN KECUALI premis perniagaan yang dibenarkan seperti kedai runcit, makanan, dan sektor perlu yang disebutkan.
  • PASAR RAYA DIBENARKAN namun terhad kepada sektor keperluan asas sahaja seperti makanan, makanan haiwan dan yang disebutkan di atas.
  • RESTORAN, GERAI DAN OUTLET MAKANAN DIBENARKAN hanya untuk bawa pulang atau penghantaran (delivery)
  • DOBI dibenarkan termasuk dobi layan diri
  • KEDAI HAIWAN / makanan haiwan dibenarkan.
  • KEDAI CERMIN MATA DIBENARKAN.
  • KEDAI HARDWARE DIBENARKAN.
  • BENGKEL KENDERAAN DIBENARKAN.
  • E-DAGANG DIBENARKAN.
  • Pemborongan & pengedaran di bawah perkhidmatan perlu dibenarkan.

Rujuk senarai penuh dan maklumat SOP di bawah (dikemaskini 31 Mei 2021):

permohonan beroperasi kpdnhep
permohonan beroperasi kpdnhep
permohonan beroperasi kpdnhep

Semua operasi perniagaan diselaraskan dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.

Lain-lain Aktiviti Yang Dibenarkan & Tidak Dibenarkan

  • Pasar malam / pasar tani biasa tidak dibenarkan.
  • Tadika / taska tidak dibenarkan KECUALI bagi frontliners dan bagi yang kedua ibu dan bapa mereka bekerja sahaja dibenarkan.
  • Sukan rekreasi hanya jogging & senaman (sukan individu) dan tidak boleh melebihi jam 8.00 malam.

Surat Kebenaran MITI Hanya Boleh Digunakan Hingga 31 Mei Sahaja

Semua surat MITI hanya berkuatkuasa hingga 31 Mei sahaja. Tidak boleh digunakan mulai 1 Jun.

Surat kebenaran rentas negeri / daerah bagi tujuan bekerja hanya dikeluarkan oleh Kementerian berkaitan bagi tempoh selepas 1 Jun 2021.

Sidang media berkaitan surat kebenaran bekerja ini akan dimaklumkan melalui sidang media esok.

SILA RUJUK: Senarai Sektor Yang Dibenarkan Oleh MITI Mulai 1 Jun (PKP Penuh)

Hanya 2 Orang Dibenarkan Keluar Dalam 10km Radius

  • Keluar rumah hanya dibenarkan untuk membeli makanan & ubat-ubatan dengan kapasiti 2 orang.
  • Pergerakan hanya dibenarkan dalam 10 km radius sahaja.
  • PJJ tidak dibenarkan.

Ringkasan SOP PKP MKN (Tidak Dibenarkan) bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Sumber: MKN

MAKLUMAT LANJUT & SOP PENUH AKAN DIMUATNAIK DI LAMAN WEB MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN) https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-pkp-pemulihan/ DAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN YANG BERKAITAN DALAM MASA TERDEKAT INI.

3 Fasa Lockdown

Terdahulu diumumkan bahawa Total Lockdown ini akan dijalankan dalam 3 fasa.

Sekiranya Fasa Pertama ‘lockdown’ berjaya mengurangkan kes harian COVID-19, Fasa Kedua akan dilaksana, di mana pembukaan semula beberapa sektor ekonomi yang tidak melibatkan perhimpunan besar serta boleh mematuhi penjarakan fizikal akan dibenarkan.

 Lockdown Fasa Kedua pula akan dilaksanakan untuk tempoh empat minggu selepas Fasa Pertama berakhir.

Setelah berakhirnya lockdown Fasa Kedua, langkah seterusnya ialah Fasa Ketiga, iaitu melaksana PKP seperti yang berkuat kuasa di Malaysia ketika ini.

Dalam kenyataan tersebut juga dimaklumkan bahawa keputusan untuk Malaysia beralih dari ‘total lockdown’ dan dari satu fasa ke fasa berikutnya akan tertakluk kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan.

LIVE Sidang Media PKP Total Lockdown 1 Jun 2021

SOP PKP Total Lockdown yang ini diumumkan melalui sidang media Menteri Kanan Keselamatan dan Ketua Pengarah Kesihatan pada pukul 5 petang hari ini (30 Mei) di Astro 502, myFreeview 121, unifi TV 631, LIVE Facebook & Youtube Bernama TV.

( Sumber: BERNAMA TV )

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

mufti perak meninggal dunia

Mufti Perak Meninggal Dunia – Jabatan Mufti Negeri Perak

senarai sektor yang dibenarkan miti

Senarai Sektor Yang Dibenarkan Oleh MITI Mulai 1 Jun (PKP Penuh)