Akujanji UMNO Yang Tular Disahkan Palsu
Akujanji UMNO Yang Tular Disahkan Palsu
Sedang tular di media sosial dua keping surat yang dipercayai sebagai AKUJANJI calon-calon Barisan Nasional dari UMNO.
Dipercayai kandungan surat itu tertulis arahan-arahan tertentu dari Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang meletakkan syarat kepada semua calon dari UMNO untuk bersetuju dengan beberapa permintaan dari Presiden.
Akujanji ini menjadi tular di media sosial sejak semalam.
Mengulas isu ini, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Pengarah Komunikasi BN telah di laman Facebook rasmi beliau telah mengesahkan bahawa AKUJANJI itu adalah palsu dan fitnah.
Dalam surat akujanji UMNO berkenaan, dilihat beberapa isu penting membabitkan sokongan terhadap Presiden UMNO, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menimbulkan keraguan terhadap orang awam dan bakal pengundi PRU15 pada 19 November nanti.
Ia juga membangkitkan kemarahan orang ramai sekiranya ianya benar.
Namun, pihak UMNO turut menafikan sebarang bentuk dakwaan sedemikian.
“Tiada sebarang aku janji sebegini dilakukan.
“Perkara ini nyata suatu usaha jahat daripada pihak tidak bertanggungjawab dan jelas ia perancangan memburukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) ketika musim PRU15 ini.” – Shamsul Anuar Nasarah
Klik di pautan untuk berita selanjutnya: https://umno-online.my/2022/11/02/surat-aku-janji-palsu-tular-kaitkan-gugur-kes-mahkamah-pemimpin-umno/