[Video] Kemalangan 5 Kenderaan, Pemandu Lori Maut

NILAI | Pemandu lori maut nahas 5 kenderaan

Seorang lelaki maut manakala empat yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan termasuk dua buah lori treler di Kilometer 280 Lebuhraya Utara Selatan (Arah Selatan) dekat Nilai, di sini pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.43 pagi dan kemalangan melibatkan lima buah kenderaan iaitu dua buah lori treler, dua buah kereta dan sebuah motosikal.
“Kerja-kerja penyelamatan telah dilakukan dan kemalangan membabitkan seramai 10 orang.

Mangsa yang maut berumur 43 tahun dan merupakan pemandu salah sebuah lori treler.

blank

“Dua orang lelaki dan dua orang wanita yang lain juga cedera manakala lima yang lain termasuk seorang lelaki dan seorang wanita bukan warganegara selamat.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manakala mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital bagi tujuan rawatan,” katanya.

Beberapa video dashcam dan rakaman orang awam turut viral di media sosial.

VIDEO 1 : KEMALANGAN DARI ARAH HADAPAN

VIDEO 2 : RAKAMAN DASHCAM KENDERAAN DARI ARAH BERTENTANGAN

VIDEO 3 : VIDEO ORANG AWAM KEADAAN DI TEMPAT KEJADIAN

Sumber: [email protected], Facebook