Adibah Noor Meninggal Dunia, Berjuang Dengan Kanser Ovari Tahap 4

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan pelakon serba boleh, Adibah Noor meninggal dunia pada jam 7.45 malam Sabtu (18 Jun) di sebuah hospital swasta di ibu negara, setelah mengalami sesak nafas.

Khabar dukacita itu mula diketahui umum menerusi hantaran di akaun Instagram kenalan artis iaitu pelakon, Datin Emylia Rosnaida.

“Allahuakbar sedihnya, terkejut dapat berita ni. Sahabat kita yg versatile Adibah Noor @adibahnoormohdomar, baru sahaja meninggal dunia,” katanya dalam muat naik sekitar jam 8 malam.

Selebriti yang disenangi ramai dengan nama sebenar Adibah Noor Mohamed Omar itu berusia 51 tahun.

Pada minggu lalu, namanya kembali menjadi tajuk utama portal hiburan setelah tersebar gambar terbarunya yang kelihatan jelas mengalami pengurangan berat badan.

Namun, dalam temu bual bersama wartawan, Adibah hanya memberitahu perubahan ketara berkenaan adalah disebabkan amalan pemakanannya, iaitu dengan memilih diet yang lebih sihat semenjak bulan Ramadan lalu.

“Maaf, Kami Terpaksa Rahsiakan” – Ani Mayuni

Terdapat sumber mengatakan Adibah Noor bergelut dengan penyakit kanser ovari tahap 4.

“Maaf kami terpaksa rahsiakan sebab sebelum ini Kak Dib (Adibah) ada beritahu saya dan beberapa rakan dalam Gegar Vaganza,”

Menurut Ani Mayuni, “Saya tak boleh bercerita kepada semua orang berkenaan penderitaan arwah. Dia sakit selepas habis GV dan semasa kita nak shooting GV Raya, selepas itu dia mula demam on and off.

“Selepas itu lama dia warded dan kenapa dia tak keluar-keluar kita ingatkan Covid.

“Bila saya tanya dia secara peribadi baru dia beritahu yang dia dapat tahu yang dia ada kanser dan baru lepas pembedahan masa itu,” katanya.

Ani Maiyuni berkata, Adibah juga kena berpantang dan kena rehat serta tidak mahu menerima mana-mana tetamu lagi.

“Yang orang nampak dia kurus adalah show pertama selepas rehat,”.

Sumber: Astro Awani, Zuan Azmi, Harian Metro

Baca juga: 7 Tanda Awal Kanser Ovari Yang Digelar Pembunuh Senyap

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: