Cara Semak Tarikh Lahir Mengikut Kalendar Islam (JAKIM)
CARA TUKAR TARIKH MASIHI KE HIJRAH & SEMAK TARIKH LAHIR MENGIKUT KALENDAR ISLAM
Kebanyakan kita hanya tahu tarikh lahir kita dalam bulan Masihi je kan?
Bila tanya dalam bulan Islam, ramai yang terpinga-pinga dan mungkin dah lupa.
Dengan kecanggihan teknologi, kini kita boleh tukar tarikh masihi kepada tarikh hijrah, contohnya untuk membuat semakan tarikh lahir mengikut kalendar Islam hanya dengan satu klik sahaja.
Caranya mudah, hanya perlu masukkan maklumat tarikh lahir kita dalam haribulan Masihi, kemudian kalkulator Miladi JAKIM ini akan membuat kiraan untuk anda.
Baca juga: Jadual Waktu Solat Selangor 2021 / 1442-1443H [Muat Turun PDF]
Jom, tengok cara buat semakan tarikh lahir mengikut Kalendar Islam (Miladi) ini.
Cara Semak Tarikh Lahir Mengikut Kalendar Islam
Ketahui tarikh lahir dan umur anda dalam bulan hijri dengan 3 langkah mudah di bawah:
- Pergi ke laman web Kalkulator Umur Miladi JAKIM di pautan https://www.e-solat.gov.my/index.php?siteId=27&pageId=39
- Masukkan tarikh lahir kita dalam haribulan Masihi
- Klik TUKAR…. Nanti akan terpampanglah tarikh hari lahir kita dalam bulan Islam atau Takwim Hijrah.
*Kaedah Pengiraan yang digunakan adalah kaedah kiraan istilahi, terdapat kebarangkalian untuk kesilapan lebih sehari, atau kurang sehari
Contohnya di atas ni saya masukkan tarikh lahir saya 2 Februari 1990. Setelah ditukar, tarikh kelahiran bulan Islam pada tarikh tersebut ialah 6 Rejab 1410 Hijrah.
So, barulah kita tahu yang kita ni lahir dalam bulan Rejab kalau ikut Kalendar Islam. Bolehlah simpan dan buat catatan untuk rujukan sendiri nanti.
Kita juga boleh buat pencarian dengan cepat untuk tahu apa-apa tarikh lain lagi yang ingin ditukarkan daripada tarikh Masihi kepada tarikh Hijrah.
Baca juga: Kalendar Islam 2021 (1442-1443 H) & Tarikh-tarikh Penting – JAKIM
Mudah je kan nak buat semakan?
Semoga bermanfaat dan dan selamat mencuba!