SESCO: Semakan Bil Elektrik Sarawak Energy Online
SEMAKAN DAN BAYARAN ONLINE BIL ELEKTRIK SARAWAK ENERGY BERHAD (SESCO) MELALUI SEB CARES
Bagaimana nak pastikan berapa jumlah pembayaran bil elektrik SESCO secara bulanan bagi penduduk di Sarawak?
Pembayaran bil boleh dilakukan dengan membuat pendaftaran online menggunakan apps SEB Cares atau terus ke laman web Sarawak Energy Berhad.
Sangat mudah, hanya perlu daftarkan akaun saja. Jangan risau, walaupun akaun bil eletrik bukan atas nama kita, sistem tersebut boleh didaftarkan atas nama sendiri juga.
SEMAKAN DAN BAYARAN ONLINE BIL ELEKTRIK SARAWAK ENERGY BERHAD(SESCO) MELALUI SEB CARES
Di sini kami kongsikan cara semakan bil elektrik SESCO menggunakan apps SEB cares.
- Download apps SEB cares di playstore @ appstore ATAU terus ke laman web berikut: https://sebcares.sarawakenergy.com.my/eServices3/index.html/#/login
- Daftarkan akaun anda
- Pastikan email yang didaftarkan anda mmg guna, untuk senang membuat semakan jumlah bil, bil bulanan akan dihantar ke dalam email anda.
- Selesai pendaftaran akaun. Anda hanya perlu menunggu mesej dari 66399 untuk memastikan bahawa bil elektrik bulanan dah dapat
- Bila dah dapat mesej dari SESCO, masuk email anda dan cari mesej dari SEB Cares. Buka email tersebut dan download kan file yang diberi dalam format PDF.
- Semak semula maklumat bil yang diberi
- Pembayaran boleh dilakukan menggunakan SarawakPay dengan mengimbas QR code yang telah disertakan. Selesai.
- Gambar di bawah menunjukan serba sedikit maklumat bil yang akan diterima.
- Sistem ini juga membolehkan kita membuat semakan untuk akaun-akaun bil elektrik orang lain, maksudnya boleh daftarkan lebih dari 1 akaun.
Rujuk gambar di bawah untuk lebih mudah faham.
(Sumber: Pusat Maklumat Rakyat PPD Sri Aman)
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:
- MANUAL PENDAFTARAN SEB CARES (SESCO ONLINE APPS) : https://www.sarawakenergy.com/assets/pdf/SEB-cares_Full_Guide_PDF_version.pdf
- Laman web rasmi Sarawak Energy : https://www.sarawakenergy.com/
- Talian hotline: 1300-88-3111
- Facebook: https://www.facebook.com/SarawakEnergy
Semoga bermanfaat!
Baca juga: