in

Pemegang Lesen Perlu Perbaharui Lesen Sebelum 30 Jun 2022 – JPJ

moratorium lesen memandu
ADVERTISEMENT

PEMAKLUMAN TARIKH AKHIR MORATORIUM LESEN MEMANDU MALAYSIA (LMM)

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan pemegang empat jenis Lesen Memandu Malaysia (LMM) supaya memperbaharui lesen memandu masing-masing sebelum tarikh akhir moratorium berakhir 30 Jun ini.

ADVERTISEMENT

Empat pemegang LMM itu termasuk Lesen Belajar Memandu (LDL), Lesen Memandu Percubaan (PDL), Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan Lesen Vokasional (PSV/GDL).

Orang ramai boleh membuat pembaharuan LMM itu menerusi kaunter JPJ, Pejabat Pos Malaysia dan MyEG.

Makluman peringatan perbaharui lesen memandu sebelum 30 Jun itu telah dimuat naik menerusi sebuah hantaran di laman akaun rasmi Facebook JPJ.

moratorium lesen memandu
Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan

Pemegang LMM yang gagal memperbaharui lesen masing-masing sebelum 30 Jun ini dikehendaki mengambil ujian semula untuk mendapatkan lesen berkenaan.

Untuk membuat pembaharuan lesen secara online, sila rujuk artikel berikut:

Cara Renew Lesen Memandu Online (MyEG). Terus Sampai Depan Pintu!

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

elaun mencari pekerjaan

SIP EMP+: Elaun Mencari Pekerjaan RM300 Sebulan Untuk Pencari Kerja

harga petrol

Harga Minyak Petrol Terkini RON95, RON97 & Diesel