Polis Berhak Tahan Individu Yang Tak Bawa Kad Pengenalan – PDRM
Tahukah anda, individu tak bawa IC boleh disaman / didenda sehingga RM20,000 atau penjara tak melebihi 3 tahun.
Mungkin ada antara kita yang pernah tertinggal IC atau malas nak bawa dompet masa keluar rumah, kan?
Anda perlu tahu bahawa polis berhak menangkap individu yang gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri ketika diperiksa.
Ini adalah menurut kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, sekali gus menyangkal dakwaan laporan sebuah portal berita bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak berhak menahan mana-mana individu yang gagal membawa atau mengemukakan dokumen pengenalan diri ketika diperiksa.
Menurut Acryl Sani, kenyataan itu jelas bercanggah dengan peruntukan mengikut Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) dan Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara (PPPN) 1990.
Baca juga: Ramai Tak Tahu, Ini Harga Gas Memasak Yang Ditetapkan KPDNHEP
Hukuman / Kadar Saman Tak Bawa IC
“Kegagalan mana-mana individu mengemukakan dokumen pengenalan diri ketika diperiksa oleh pihak polis adalah satu kesalahan mengikut Peraturan 25(1)(n) PPPN 1990.
“Justeru, mereka yang gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri boleh ditangkap tanpa waran mengikut peraturan yang sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, hukuman yang boleh dikenakan adalah penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
Baca juga: Permohonan Rumah Harapan Rakyat RM60,000 / Seunit
Orang Ramai Diingatkan Agar Sentiasa Bawa Dokumen Pengenalan Diri
“Orang ramai diingatkan sentiasa membawa dokumen pengenalan diri sebagaimana peruntukan yang ditetapkan mengikut Peraturan 6 PPPN 1990.
“PDRM juga menasihatkan orang ramai supaya memberi kerjasama kepada pihak polis semasa pemeriksaan dijalankan,” katanya.
*Sumber: Berita Harian Online