Paras Air Di Shah Alam Kembali Meningkat Pagi Ini

SHAH ALAM, 22 DIS: Beberapa notis berjaga-jaga dengan kenaikan paras air di sekitar Shah Alam telah dikeluarkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) susulan hujan lebat pagi ini.

Oleh itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meminta orang ramai supaya berwaspada dan mengelak daripada menggunakan laluan tersebut.

blank
Banjir kilat menuju NKVE dari Shah Alam dan Bukit Jelutong. Hanya satu laluan lane boleh digunakan.
(Sumber gambar: Orang awam via Era Malaysia)

Rujuk makluman berikut:

[MAKLUMAN SEGERA]

Paras air sedang meningkat naik di Batu Tiga (berhadapan Kilang Central Sugars).

Mohon orang ramai untuk mengelak melalui kawasan tersebut dan berhati-hati semasa berada di atas jalan raya.

https://www.facebook.com/shahalamcitycouncil/posts/4607264729343125

[MAKLUMAN SEGERA]

Sekiranya hujan masih berterusan penduduk di kawasan Taman Alam Indah, Kampung Lombong, Kampung Baru Hicom, dan Kampung Lanchong Jaya agar berjaga-jaga dan peka kepada paras kenaikan air.

https://www.facebook.com/shahalamcitycouncil/posts/4607263606009904

[MAKLUMAN SEGERA]

Paras air sedang meningkat naik di Laluan Lanchong Jaya dan Seksyen 28 berhampiran Pasar Raya HERO.

Mohon orang ramai untuk mengelakkan melalui kawasan tersebut dan berhati-hati semasa berada di atas jalan raya.

https://www.facebook.com/shahalamcitycouncil/posts/4607044092698522

[MAKLUMAN SEGERA]

Memandangkan paras air di kawasan TTDI Jaya dan Stadium Seksyen 13 meningkat, mohon orang ramai untuk waspada dan mengelakkan melalui kawasan tersebut.

Terima kasih.

https://www.facebook.com/shahalamcitycouncil/posts/4606880982714833

Diharap semua pihak berjaga-jaga dan bersiap-siaga dengan setiap makluman yang diwar-warkan.

Baca juga: