Tesla Malaysia: Harga, Spesifikasi & Cara Membuat Tempahan
Tesla Malaysia: Harga Kereta, Spesifikasi, Model & Tempahan – Kepada peminat kereta elektrik, ini adalah merupakan berita yang ditunggu-tunggu.
Untuk pengetahuan anda, harga Model Y Tesla untuk Malaysia telah pun didedahkan seminggu sebelum pelancaran rasmi jenama itu ditetapkan pada 20 Julai ini.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
Tesla Malaysia – Harga, Spesifikasi, Model & Tempahan
Harga kenderaan utiliti sukan (e-SUV) elektrik bersaiz sederhana sepenuhnya ini diumumkan bermula daripada RM199,000.
Dengan harga permulaan yang ‘standard’ dan lebih rendah daripada negara jiran, ia dijangkakan bakal menjadi sebagai satu pilihan buat peminat kereta elektrik di negara ini. Sebagai perbandingan, julat standard Model Y di Thailand berharga 1,959,000 baht (RM256,149) dan SGD 87,990 (RM301,687) di Singapura.
Berikut ialah tiga spesifikasi Tesla Model Y yang dikeluarkan beserta harganya (termasuk SST):
- Tesla Model Y RWD – RM 199,000
- Tesla Model Y Jarak Jauh AWD – RM 246,000
- Tesla Model Y Performance AWD – RM 288,000
Anda juga boleh buat penambahan berdasarkan citarasa tersendiri berpandukan harga dibawah untuk setiap penambahan yang dilakukan. Antaranya ialah:
- Cat hitam, perak atau biru – RM5,000
- Cat Red Multi-Coat – RM10,000
- Dalaman hitam/putih – RM5,000
- Naik taraf roda aruhan 20″ – RM10,000
- Autopilot Dipertingkat – RM16,000
- Sistem Pemanduan Sendiri Sepenuhnya – RM32,000
BACA JUGA: Refinance Kereta – Cara Memohon & Tips Penting Yang Wajib Tahu
Spesifikasi Model Tesla Malaysia
Seperti yang dinyatakan diatas, terdapat tiga tiga spesifikasi Tesla Model Y yang dikeluarkan iaitu; Tesla Model Y RWD, Tesla Model Y Jarak Jauh AWD, Tesla Model Y Performance AWD.
Semua model datang dalam warna Pearl White Multi-Coat (badan) dengan warna dalaman serba hitam. Pilihan warna tambahan dan ciri khusus tersedia sebagai alat tambah untuk pelanggan dengan bayaran tambahan.
Disamping itu, ciri-ciri standard yang ada untuk Tesla Malaysia adalah termasuk bumbung kaca panoramik, paparan sentuh tengah 15 inci, pengecas tanpa wayar dwi, empat port USB C, sistem audio premium dengan 13 pembesar suara, tempat duduk hadapan boleh laras kuasa, tempat duduk hadapan dan belakang yang boleh dipanaskan, stereng yang boleh dipanaskan, dan penghawa dingin mempunyai sistem penapis HEPA dengan Mod Pertahanan Bioweapon.
Storan yang disediakan ialah 854 liter untuk but belakang dan 117 liter di bawah bonet hadapan.
Tesla adalah dipercayai salah satu SUV paling selamat di dunia dan memperoleh penarafan 5 bintang penuh daripada NHTSA dan Euro NCAP.
Terdapat Waranti Kenderaan Asas iaitu 4 tahun atau 80,000 km untuk setiap unit. Bukan itu sahaja, terdapat juga Waranti Bateri & Unit Pemacu yang lebih lama – 8 tahun atau 160,000 km dengan pengekalan minimum 70 peratus kapasiti bateri sepanjang tempoh jaminan.
Berikut dikongsikan secara ringkas perbandingan setiap model yang ditawarkan:
Tesla Model Y RWD
Tesla Model Y RWD ialah model standard yang mencatatkan 0-100 kph 6.9 saat dan kelajuan tertinggi 217 kph. Julat maksimumnya ialah pada 455 km (WLTP). Pecutan 100 km/j boleh dilakukan dalam masa 6.9 saat.
Ia didatangkan dengan roda Gemini 19 inci, tetapi anda boleh menaik taraf kepada roda Induksi 20 inci dengan harga RM10,000.
Tesla Model Y Jarak Jauh AWD
Tesla Model Y Jarak Jauh AWD pula mempunyai kelebihan pada jarak yang meningkat pada 533 km. Ia berkongsi kelajuan tertinggi yang sama dengan RWD standard tetapi lebih laju sedikit dengan pecutan 100 km/j selama 5 saat pada kelajuan tertinggi 217 km/j.
Pilihan roda adalah sama seperti Model Y RWD, iaitu 19 inci dan boleh dinaiktaraf kepada 20 inci. Selain itu, acceleration boost juga tersedia untuk pembelian. Ia akan membantu menurunkan masa pecutan 5.0 saat kepada 4.5 saat.
Tesla Model Y Performance AWD
Tesla Model Y Performance AWD dilengkapi dengan roda Uber Turbine 21 inci, brek prestasi, spoiler gentian karbon, pedal aloi aluminium dan suspensi yang diturunkan. Ia boleh mencapai 0-100 kph dalam 3.7 saat, mempunyai kelajuan 250 kph, dan julat sehingga 514 km.
Ini adalah merupakan model Tesla paling mahal yang terdapat di Malaysia pada masa sekarang.
MODEL Y RWD | MODEL Y LONG RANGE DUAL MOTOR AWD | MODEL Y PERFORMANCE DUAL MOTOR AWD | |
RANGE | 455 KM | 533 KM | 514 KM |
TOP SPEED | 217 km/h | 217 km/h | 250 km/h |
ACCELERATION (0-100 km/h)) | 6.9 s | 5 s | 3.7 s |
SEATS | 5 SEATER ONLY | ||
WHEEL | 19” / 20” | 19” / 20” | 21” |
PRICE | RM199,000 | RM246,000 | RM288,000 |
Cara Membuat Tempahan
Untuk membuat tempahan, anda boleh layari laman web rasmi TESLA Malaysia di pautan berikut: https://www.tesla.com/en_MY/modely/design#overview
Kemudian, buat pilihan model yang anda inginkan dan buat pembayaran deposit (tidak boleh dikembalikan). Anggaran penghantaran akan bermula pada awal 2024.
NOTA: Selain kos pembelian, anda juga boleh bersedia dengan lain-lain kos seperti kos penghantaran & pentadbir RM500, yuran plat nombor RM200 dan yuran pesanan tidak boleh dikembalikan RM1,000.
Pembiayaan Secara Sewa Beli
Untuk pembiayaan sewa beli, anda boleh rujuk perkhidmatan AmBank atau Maybank. Kadar faedah yang disediakan adalah dalam anggaran 2.35-2.4% untuk model Y yang paling asas.
Ini bermakna, anda boleh membayar ansuran bulanan lebih kurang RM5000 keatas untuk sebulan selama 5 tahun ataupun RM3000 ke atas untuk pinjaman 7 tahun.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi TESLA Malaysia di pautan berikut: https://www.tesla.com/en_MY/modely/design#overview