Permohonan Kadet Angkatan Tentera Malaysia ATM 2023
PERMOHONAN PEGAWAI KADET LEPASAN IJAZAH (GRADUAN) DI DALAM SKIM PERKHIDMATAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) BAGI TAHUN 2023 ONLINE MELALUI PORTAL JOM MASUK TENTERA
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) untuk menjalani latihan Pegawai Kadet di Akademi Tentera Darat (ATD), Port Dickson, Negeri Sembilan, Kapal Diraja Sultan Idris 1 (KDSI 1), Lumut, Perak dan Sekolah Latihan Pegawai – Akademi Tentera Udara (SLP-ATU), Alor Setar, Kedah.
Syarat-syarat Pelantikan dan Pentauliahan adalah seperti di dalam iklan yang disertakan.
Syarat Kelayakan Permohonan ATM 2023
Calon-calon akan disaring dan diuji melalui proses pemilihan berdasarkan Penilaian Lembaga Pemilihan seperti yang telah ditetapkan oleh ATM.
Keputusan pemilihan dan temuduga adalah muktamad.
Syarat-syarat Pelantikan dan Pentauliahan adalah seperti di dalam iklan yang disertakan.
Berikut dikongsikan gaji permulaan pegawai dan kelebihan yang akan dinikmati oleh calon-calon yang berjaya.
GAJI PERMULAAN PEGAWAI :
KEMUDAHAN DALAM ATM
Cara Permohonan ATM 2022
Permohonan adalah secara dalam talian melalui pautan Pengambilan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) bagi tahun 2022 iaitu https://jmt.mod.gov.my/index.php
Portal JMT adalah merupakan satu pencapaian inisiatif pendigitalan MINDEF kerana ini adalah permohonan, semakan dan tawaran pegawai ihktisas ATM secara atas talian yang pertama.
Selain itu, pemohon dapat menyemak status daripada awal permohonan sehinggalah kepada peringkat penawaran berbanding dengan sebelum ini, pemohon hanya dapat mengetahui keputusan permohonan hanya di peringkat akhir saringan permohonan sahaja.
Portal JMT memberikan perkhidmatan Kerajaan yang berpaksikan rakyat (Citizen-Centric) dengan menyediakan transaksi perkhidmatan yang lebih telus kepada rakyat dan mengaplikasikan persekitaran go-green serta eco-friendly.
Untuk memuat turun panduan permohonan, sila ke pautan berikut:
file:///C:/Users/User/Downloads/jom%20masuk%20tentera%20panduan%20pengguna%20pengambilan.pdf
ATAU muat turun melalui fail PDF di bawah:
Tarikh Permohonan
Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 30 April 2023.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila imbas kod QR pada poster di atas.
Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 011-655 045 85
Laman web rasmi Jom Masuk Tentera: https://jmt.mod.gov.my/