MySTEP 2024: Cara Memohon & Syarat Kelayakan

Dalam usaha untuk mengurangkan pengangguran dan meningkatkan kebolehpasaran graduan serta merangsang pemulihan ekonomi domestik, ‘Malaysia Short-term Employment Programme’ atau MySTEP diteruskan lagi bagi tahun 2024.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.

MySTEP 2023

BACA JUGA: iSuri KWSP 2024 – Insentif RM300 Setahun Untuk Surirumah

MySTEP 2024

Kerajaan telah memutuskan supaya inisiatif Malaysia Short-Term Employment Programme atau MySTEP diteruskan pada tahun 2024.

Inisiatif ini diperluaskan kepada golongan sasar termasuk OKU dan warga emas dengan memberi peluang pekerjaan di sektor awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Selain itu, Kerajaan melalui agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia iaitu Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) turut menyediakan peluang peningkatan kemahiran kepada Personel MySTEP menerusi 2 pemanfaatan platform Portal Pekerjaan Nasional Malaysia (MYFutureJobs).

Ini bermakna, pencari kerja boleh memohon jawatan yang ditawarkan oleh Kementerian dan Agensi Kerajaan dibawah program My Short Term Employment Programme (MySTEP) secara eksklusif di Portal MYFutureJobs.

Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP

  • Minimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan; dan
  • Tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 31 Disember 2024 (Bagi Sektor Awam)

Syarat Kelayakan

A. Sektor Awam

  • Warganegara Malaysia
  • 18 tahun ke atas
  • Lepasan Sekolah / Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia / Lulusan Diploma / Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ke atas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia / Lulusan Diploma / Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ke atas
  • Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU),pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian masing-masing

B. GLC / Rakan Strategik

  • Warganegara Malaysia
  • 18 tahun ke atas
  • Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia / Lulusan Diploma / Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ke atas
  • Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada GLC / rakan strategik masing-masing

Penempatan MySTEP 2024

Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:

  1. Penempatan di Sektor Awam
  2. Penempatan di GLC dan rakan strategik

Penempatan perolehan perkhidmatan Personel MySTEP adalah berdasarkan output tanpa tertakluk kepada waktu/ tempat/ jadual bertugas yang terpakai kepada pegawai awam.

Personel MySTEP yang ditempatkan di Sektor Awam tidak tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Awam 2012, Perintah-Perintah Am atau peraturan-peraturan yang berkuatkuasa ke atas pegawai awam.

Bagi GLC, penempatan adalah berdasarkan kepada struktur program penempatan GLC masing-masing.

Kuota khas sebanyak satu (1) peratus kepada golongan OKU di dalam Sektor Awam / GLC / rakan strategik.

Cara Permohonan MySTEP 2024

Bermula tahun ini, permohonan MySTEP adalah melalui Portal MYFutureJobs.

Oleh itu, pastikan anda sudah mendaftar akaun di portal tersebut.

Untuk melihat senarai kekosongan, sila taipkan ‘MyStep’ dalam ruang kosong carian di portal tersebut. Atau, layari: https://candidates.myfuturejobs.gov.my/

Iklan jawatan kosong personel MyStep ini akan disiarkan dari semasa ke semasa oleh Portal MyFutureJobs.

Garis Panduan mendaftar di Portal MyFutureJobs boleh dirujuk melalui lampiran berikut: 

Kadar Upah Bulanan Termasuk Caruman Perkeso Dan Kwsp

Jenis/Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan AkademikUpah (RM)
Setaraf ijazah Sarjana Muda2,100 
Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia1,900
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)1,700
Tiada Sijil Pelajaran Malaysia1,500

Kemudahan 

Jenis Kemudahan Perincian
Cuti rehat12 hari setahun. Dikira secara purata (prorate) berdasarkan tempoh kontrak.
Cuti sakit 14 hari setahun. Dikira secara purata (prorate) berdasarkan tempoh kontrak.
Perlindungan SosialCaruman KWSP dan Caruman PERKESO.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai MySTEP 2024, anda boleh layari pautan berikut: https://mystep.mof.gov.my/info

Atau hubungi dan emailkan pertanyaan anda ke:

Anda juga boleh rujuk Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Personel MySTEP Di Bawah Inisiatif Malaysia Short-Term Employment Programme Tahun 2024 berikut untuk lebih banyak informasi penting:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: