iSuri KWSP: Insentif RM480 Setahun Untuk Surirumah
Berita baik untuk suri rumah, anda mungkin layak menerima bantuan kewangan RM480 oleh kerajaan setiap tahun melalui insentif iSuri KWSP.
Tahukah anda apakah itu i-Suri dan bagaimana membuat permohonan?
Jom baca selanjutnya melalui artikel ini.
Apakah iSuri KWSP?
Golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah iSuri KWSP.
i-Suri bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.
Faedah i-Suri KWSP
- Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 /setahun
- Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
- Menerima dividen tahunan KWSP
- Bantuan Kematian: RM2,500
** tertakluk kepada terma dan syarat KWSP
Bilakah Bayaran i-Suri Akan Diterima Setiap Tahun?
KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan iSuri KWSP secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun.
Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan) dan Akaun 2.
Syarat Kelayakan iSuri KWSP
- Warganegara Malaysia
- Belum mencapai umur 60 tahun
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2020
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
Cara Pendaftaran iSuri KWSP
Anda boleh membuat permohonan iSuri KWSP melalui langkah berikut:
- Muat turun borang KWSP 16G(M) – PERMOHONAN CARUMAN SUKARELA (INSENTIF KERAJAAN) melalui pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/ (atau save melalui imej di bawah)
- Cetak dan isikan borang dengan lengkap.
- Bawa ke pejabat / kaunter KWSP untuk disahkan dan hantar.
BORANG KWSP 16G(M) – PERMOHONAN CARUMAN SUKARELA (INSENTIF KERAJAAN)
Dokumen Yang Diperlukan
- MyKad
- Bayaran i-Suri boleh dibuat dengan menggunakan Borang KWSP 6A(2) jika bayaran dibuat di kaunter ejen Bank atau kaunter KWSP.
Baca juga: KISS Selangor: Daftar Bantuan RM200 Sebulan Untuk Ibu B40
Siapa Yang Boleh Mencarum?
- Diri sendiri (isteri)
- Suami kepada pasangan yang layak
Had Bayaran
- Minimum: Tiada had
- Maksimum: RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)
Cara & Saluran Bayaran
Perbankan Internet | Kaunter Ejen Bank | Ejen Bank Berdaftar | Kaunter KWSP |
---|---|---|---|
Pemindahan wang secara elektronik Maybank Public Bank RHB Bank Bank Muamalat CIMB Bank Bank Islam KFH (Caruman Pilihan Sendiri Sahaja) Hong Leong Bank | Tunai/cek BSN Maybank Public Bank | Ejen Bank (EB) BSN | Tunai (maksimum RM500) /cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar |
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang insentif iSuri KWSP, sila rujuk laman web KWSP di pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/insentif-suri
ATAU
Hubungi KWSP melalui medium berikut:
- Facebook Rasmi KWSP
- Talian Perkhidmatan Pelanggan KWSP: 03-8922 6000