Permohonan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma & Sijil Sesi 2022
LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA DAN SIJIL (SESI JANUARI TAHUN 2022)
KEKOSONGAN : 875
Calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau SPM (V) boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).
Graduan Latihan Separa Perubatan berpeluang ditawarkan pelantikan tetap atau kontrak ke skim perkhidmatan yang berkaitan dalam perkhidmatan awam tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa.
Sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan adalah 2 kali setahun iaitu bagi kemasukan Januari dan Julai.
2 Jenis Latihan Separa Perubatan KKM Sesi 2022
Terdapat dua jenis Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan iaitu:
- Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma (Tempoh Latihan : 3 Tahun); dan
- Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil (Tempoh Latihan : 2 Tahun)
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V);
- Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) berdasarkan jenis Latihan Separa Perubatan yang dimohon, sila rujuk jenis-jenis Latihan Separa Perubatan.
Kategori Pemohon dan Had Umur
a. Pemohon yang merupakan calon lepasan SPM:
i. Berumur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
b. Pemohon yang merupakan Pegawai Sedang Berkhidmat dalam perkhidmatan awam am persekutuan yang layak dipertimbangkan Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
i. Umur tidak melebihi 51 tahun pada tarikh tutup permohonan;
ii. Telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
iii. Mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).
c. Pemohon yang merupakan Pegawai Sedang Berkhidmat lain yang dilantik dalam perkhidmatan awam/badan berkanun/pihak berkuasa tempatan
i. Umur tidak melebih 38 tahun pada tarikh tutup permohonan;
ii. Telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
iii. Mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).
Jenis Latihan Separa Perubatan Yang Ditawarkan Bagi Sesi 2022
Jenis-jenis Latihan Separa Perubatan (sila klik pada setiap jenis latihan untuk maklumat lanjut)
i) Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma yang ditawarkan:
- Latihan Jururawat
- Latihan Penolong Pegawai Perubatan
- Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
- Latihan Juru X-Ray
- Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
- Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
- Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
- Latihan Penolong Pegawai Farmasi
- Latihan Juruteknologi Pergigian (Sesi Pengambilan Julai sahaja)
- Latihan Juruterapi Pergigian (Sesi Pengambilan Julai sahaja)
ii) Jenis Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil yang ditawarkan:
Cara Memohon
Untuk memohon, anda perlu mendaftar dan lengkapkan Borang melalui borang SPA9 di pautan berikut : https://spa9.spa.gov.my/login
Rujuk cara pendaftaran melalui artikel di sini: SPA9: Pendaftaran / Permohonan Jawatan Dalam Perkhidmatan Awam
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan : 04 Julai 2021 (Ahad), jam 11.59 malam.
Maklumat Lanjut
Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :https://www.spa.gov.my/…/gaji…/latihan-separa-perubatan