Jawatan Kosong Terkini KKM 2023 – Iklan Penuh & Permohonan
4,914 JAWATAN KOSONG KKM TERKINI (2023)
TERKINI : 4,914 kekosongan jawatan tetap KKM akan ditawarkan , permohonan dibuka mulai hari ini, 6 Januari hingga 21 Januari 2023 – Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan 4,914 kekosongan jawatan tetap bagi tahun ini.
Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, jumlah itu terdiri daripada 4,263 jawatan
pegawai perubatan, pegawai pergigian (335) dan pegawai farmasi (316).
Menurutnya, iklan kekosongan jawatan itu dibuka mulai hari ini sehingga 21 Januari.
“Saya berharap calon yang layak dapat mengisi permohonan dan mengemukakan segera maklumat yang lengkap,” katanya dalam ucapan Majlis Amanat Tahun Baharu 2023, di sini pada Jumaat.
Turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni; Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Harjeet Singh dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Sila rujuk info lanjut dan iklan penuh bagi setiap jawatan yang ditawarkan dalam lampiran infografik di bawah.
4,914 JAWATAN KOSONG TERKINI KKM (2023)
IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
======================================
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
IJAZAH (KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL)
JAWATAN : PEGAWAI PERUBATAN GRED UD43
KEKOSONGAN : 4,263
Tarikh tutup permohonan : 21 Januari 2023 (Sabtu), jam 11.59 malam
Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :
https://spa.gov.my/…/ijazah…/pegawai-perubatan-gred-ud41
Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :
———————————–
JAWATAN : PEGAWAI FARMASI GRED UF41
KEKOSONGAN : 316
Tarikh tutup permohonan : 21 Januari 2023 (Sabtu), jam 11.59 malam
Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :
https://spa.gov.my/…/ijazah…/pegawai-farmasi-gred-uf41
Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :
———————————–
JAWATAN : PEGAWAI PERGIGIAN GRED UG41
KEKOSONGAN : 335
Tarikh tutup permohonan : 21 Januari 2023 (Sabtu), jam 11.59 malam
Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :
https://spa.gov.my/…/ijazah…/pegawai-pergigian-gred-ug41
Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :
Cara Permohonan
Bagi yang belum tahu, SPA9 merupakan borang pendaftaran permohonan pekerjaan atas talian yang digunakan oleh pemohon bagi memohon pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan.
Untuk mengetahui langkah-langkah lebih terperinci dan cara untuk memohon jawatan kerajaan melalui SPA, sila rujuk artikel berikut: SPA9: Cara Mohon Jawatan Kosong Kerajaan/Perkhidmatan Awam