in

ePengambilan PDRM: Permohonan Jawatan Inspektor Polis (April 2021)

ADVERTISEMENT

HEBAHAN : Permohonan Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 Lelaki & Wanita Kini Dibuka Melalui Portal ePengambilan PDRM.

Epengambilan pdrm

Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia memaklumkan bahawa Skim Perkhidmatan bagi Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 kini dibuka untuk permohonan atas talian.

Di sini dikongsikan maklumat lanjut untuk makluman bersama.

Pendaftaran / Log Masuk Kali Pertama ePengambilan PDRM

Untuk makluman, semua permohonan perlu dibuat secara online (atas talian) melalui laman web rasmi ePengambilan PDRM.

Bagi yang berminat ingin menyertai PDRM dan mengisi kekosongan jawatan tersebut, ayuh daftar permohonan anda dengan segera.

Pendaftaran sah dibuka mulai 16 hingga 30 April 2021.

Klik: https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/

Cara-cara:

  1. Klik pada pendaftar baru bagi pengguna yang belum berdaftar.
  2. Rujuk panduan cara mengisi: klik pada manual pengguna
  3. Semakan kelayakan nama bagi calon yang berjaya akan dimaklumkan kemudian
  4. Selesai
Epengambilan pdrm

Setelah mendaftar, sila log masuk dan buat permohonan jawatan yang diinginkan berdasarkan syarat kelayakan.

Baca juga: Borang Kebenaran Rentas Negeri PKP & PKPB PDRM (Download)

Permohonan Jawatan Polis Melalui e-Pengambilan PDRM

  1. Klik pada menu Permohonan Polis > Permohanan Baru.
  2. Sila pastikan maklumat peribadi, keluarga, akademik dan ko-kurikulum adalah betul sebelum kelangkah seterusnya.
  3. Dalam tab Permohonan Jawatan, sila pilih jawatan yang ditawarkan.
  4. Klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
  5. Dalam tab Pengakuan, sila pastikan anda memilih setiap pengakuan pemohon.
  6. Dalam tab Pengesahan, sekiranya borang dihantar, pemohon tidak boleh dikemaskini. Oleh itu, anda perlu memastikan semua maklumat adalah lengkap dan tepat.
  7. Klik pada butang Hantar Borang untuk hantar permohonan.
Epengambilan pdrm

Sila rujuk syarat kelayakan penuh di bawah.

Syarat Kelayakan

Antara syarat-syarat kelayakan adalah warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (Kelulusan Sarjana Muda), tidak melebihi daripada 30 tahun (Kelulusan Sarjana) dan tidak lebih 35 tahun (Kelulusan PhD) pada tarikh permohonan secara online.

Terdapat juga syarat kelayakan akademik dan kelayakan fizikal yang perlu diambil maklum sebelum membuat permohonan.

Sila rujuk sepenuhnya dalam surat hebahan rasmi di bawah.

Maklumat Lanjut

SEBARANG PERTANYAAN LANJUT, SILA BERHUBUNG DI TALIAN HELP DESK 03-22668348/8350/8351 SEPERTI YANG TERTERA DI LAMAN MEDIA SOSIAL IG DAN FB UNIT PENGAMBILAN PDRM.

Untuk maklumat lanjut dan iklan jawatan terkini, sila rujuk laman web rasmi Polis Diraja Malaysia  https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Amaran Ribut Petir Hingga 17 April, Orang Ramai Diminta Waspada – MET Malaysia

Skim Air Darul Ehsan: Pendaftaran Air Percuma Selangor 2021