in

Pengambilan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 2021 / 2022

ADVERTISEMENT

PENGAMBILAN TUDM 2021: PELUANG UNTUK ANDA MENYERTAI TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM) DALAM PELBAGAI BIDANG KETENTERAAN

BORANG PERMOHONAN PERAJURIT MUDA TUDM SIRI 65/22 (LELAKI) DIBUKA BERMULA 18 JUN 21 SEHINGGA 31 OGOS 21

ADVERTISEMENT

Bagi yang berminat untuk menyertai TUDM, sila rujuk info selanjutnya di bawah untuk mengetahui syarat kelayakan dan cara permohonan.

Syarat Kelayakan Pengambilan TUDM 2021

SYARAT ASAS PERMOHONAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 1 MAC 2022.
  3. Penglihatan –
    • Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
    • Tidak rabun warna.
  4. Pendengaran – Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pengdengaran
  5. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  6. Taraf kesihatan – sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

SYARAT FIZIKAL

  1. Tinggi:
    • Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
    • Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
  2. Berat:
    • Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
    • Berat Badan Minima Wanita 40.5 kg
  3. Indeks Jisim Badan (BMI) :
    • Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 25

KELAYAKAN AKADEMIK

  1. SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  2. SVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  3. SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
  4. SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
  5. DIPLOMA KEJURUTERAAN – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

Baca juga: Penjana Kerjaya 2.0: Insentif RM1500 Sebulan Untuk Belia

Cara Permohonan Online Pengambilan TUDM 2021

SILA ISI BORANG PERMOHONAN MELALUI AKAUN PEMOHON DI LAMAN SESAWANG

Pengambilan tudm 2021 2022

IKUTI LANGKAH-LANGKAH DI BAWAH

  1. Daftar sebagai pemohon di laman web TUDM kerjaya.airforce.mil.my (bagi yang belum mempunyai akaun pemohon).
  2. Log masuk ke bahagian pemohon.
  3. Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan.
  4. Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.

Nota penting:

  • Borang permohonan atas talian hanya dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
  • Pemohon perlu membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui ruangan pemohon.
  • Pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri ke Pusat Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara mengikut pusat yang dipilih semasa memohon.

Tarikh Akhir Permohonan

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 OGOS 2021

Maklumat Lanjut Tentang Pengambilam TUDM 2021

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDM
No. Tel: 013-6893814
Hari : Isnin – Jumaat
Masa : 9.00pg – 4.00ptg

Laman web: kerjaya.airforce.mil.my

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

cara order tealive

Cara Order Tealive (Menu Recommended & Wajib Cuba)

geran agropreneur muda

Geran Agropreneur Muda RM20,000 Untuk Belia 18-40 Tahun (2021)