Majikan Larang Pekerja BDR Akan Dikompaun, Ini Cara Buat Aduan

CARA BUAT ADUAN MAJIKAN YANG LARANG BEKERJA DARI RUMAH (BDR) MELALUI APPS ‘WORKING FOR WORKERS’ (WFW) MALAYSIA

Sebelum ini, terdapat beberapa aduan mendakwa pekerja dikompaun kerana datang bekerja sedangkan ia adalah arahan majikan.

Peka dengan aduan tersebut, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, hanya majikan akan didakwa selepas ini sekiranya mereka didapati ‘memaksa’ pekerja untuk datang meskipun ada arahan Bekerja Dari Rumah.

Tegasnya, pekerja berkenaan ‘tiada pilihan’ selain mendengar arahan majikan kerana bimbang mungkin kehilangan pekerjaan jika ingkar.

“Kalau majikan yang paksa pekerja, majikan yang perlu akan dikenakan tindakan. Pekerja tidak ada pilihan. Kadangkala diberi arahan kepada pekerja, ‘kalau anda tak datang, majikan pecat anda’.

“Atau kalau tak datang kerja, majikan boleh tak bayar gaji… itu sebagai contoh, paksaan kepada pekerja yang akhirnya sebabkan pekerja tiada pilihan, jadi mereka bekerja.

Begitupun, saya difahamkan ada kes-kes yang telah diambil tindakan di mana pekerjanya lebih 60 peratus. Sudah ada tindakan dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas memantau sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Ampang, di sini pada Sabtu.Baru-baru ini, tular dakwaan beberapa pekerja dikompaun ketika sedang bertugas sedangkan mereka datang bekerja atas arahan majikan.

Situasi itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat yang berpendapat sepatutnya majikan yang dikompaun, bukan pekerja.

Keadaan itu turut mendapat respons daripada Pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani yang berkata, majikan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas pelanggaran SOP dilakukan pihak mereka.

Kerajaan juga turut membuka talian hotline bagi membolehkan orang ramai buat aduan berhubung pelanggar SOP oleh pemilik premis perniagaan dan sektor perkilangan.

Aduan melalui Malaysia Government Call Center (MyGCC) itu boleh dihubungi di talian 03-80008000, [email protected] atau menerusi email ke aduan.pematuhan.mkn.gov.my.

Rentas negeri aidilfitri

Baca juga: Senarai 50 Individu Terkaya Di Malaysia – Forbes (Jun 2021)

Cara Lapor Majikan Yang Tidak Benarkan Bekerja Dari Rumah

Sementara itu, untuk makluman bersama, Kementerian Sumber Manusia telah melancarkan aplikasi ‘Working ForWorkers’ (WFW) yang menjadi medium untuk memastikan hak dan kebajikan pekerja yang terkesan akibat salah laku majikan, terpelihara serta kejadian sama tidak berulang.

WFW apps ini berada bawah modul e-complaint, berasaskan kepada Sistem (FWCMS) yang membolehkan pekerja melaporkan 14 jenis aduan secara dalam talian melalui aplikasi yang dibangunkan serta dikendalikan oleh 80 Pejabat Tenaga Kerja seluruh Malaysia.

Antara aduan yang boleh dilakukan :

1. Dibuang Tanpa Notis
2. Majikan Tidak Mematuhi Upah Minimum (Akta Majlis Perundingan Gaji Nasional 2011)
3. Pembayaran Gaji Lewat
4. Tiada Cuti Tahunan
5. Tiada Kontrak Perkerjaan
6. Tiada Cuti/elaun Bersalin
7. Tanpa Bayaran Lebih Masa
8. Tiada Bayaran Faedah Penamatan Kerja
9. Cuti Umum Tanpa Bayaran
10. Hari Rehat Tanpa Bayaran
11. Tuntutan Sakit Yang Tidak Dibayar
12. Tidak Melaporkan Pengambilan Pekerja Asing
13. Majikan Tidak Mematuhi Akta Umur Persaraan Minimum 2012
14. Majikan Tidak Mematuhi Akta Perumahan Minimum Pekerja Dan Akta Amaun 2019
15. Potongan Upah Tidak Mengikut Undang
16. Gaji Upah Yang Tidak Dibayar
17. Majikan Tidak Benarkan Kerja Dari Rumah

wfw apps malaysia
Sumber: Amanz.my

Cara Buat Aduan Melalui Aplikasi WFW

Lapor kepada Kementerian Sumber Manusia melalui apps ‘Working for Workers’ sekarang!

Ikuti langkah berikut:

  1. Muat turun apps WFW Malaysia
  2. Daftar akaun (akan menggunakan no telefon dan password) dan login sebaik selesai
  3. Tekan New Complaints dan pilih kategori ‘Employers do not allow work from home’ yang terletak di bawah sekali.
  4. Isikan maklumat yang diperlukan dan muat naik gambar bukti kemudian tekan ‘Next’.
  5. Buat pengesahan dan tekan submit!
wfw apps malaysia

Baca juga: PKP 3.0: Kelonggaran Renew Lesen Memandu & Roadtax Hingga 31 Julai 2021

Muat Turun Working For Workers Apps Malaysia

Anda boleh memuat-turun aplikasi ini di Android dan iPhone, dan menghantar aduan terhadap majikan anda sekiranya terdapat kesalahan yang melanggar SOP dan undang-undang:

  • Muat Turun Working for Workers (WFW) untuk Android 
  • Muat Turun Working for Workers (WFW) untuk iPhone 

Info lanjut : https://www.facebook.com/ptpkonline/videos/164730978836001

Apa maksud WFW?

WFW adalah platform digital dalam talian yang menggunakan teknologi mudah alih yang berfungsi sebagai platform bagi pekerja mendedahkan bos yang salah.

Adakah ia melibatkan sektor awam dan swasta?

Ya, ia melibatkan kedua-dua sektor.

Bagaimanakah cara menggunakan aplikasi ini?

Anda sebagai pekerja boleh muat turun aplikasi ini dan melaporkan jika majikan anda tidak membenarkan anda bekerja dari rumah (BDR) atau melakukan salahlaku lain.

Adakah identiti pengadu akan dilindungi?

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, yang memberi jaminan bahawa identiti pengadu akan dirahsiakan.

Berapa lama  tempoh aduan aplikasi ini akan diambil tindakan?

Aduan yang diterima akan diambil tindakan antara tiga dan tujuh hari

*Sumber: Astro Awani, Berita Harian, Amanz.my

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: