Kursus iKurnia Online: Pendidikan Awal Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Genius Kurnia memperkenalkan satu lagi kursus dalam talian untuk semua.

Ia merupakan kursus dalam talian baharu yang menerangkan dengan terperinci mengenai panduan strategi intervensi bagi kanak-kanak bekeperluan khas.

Kursus ini boleh diikuti secara dalam talian dibangunkan khusus kepada guru-guru dan ahli terapi dalam menjalankan intervensi kepada kanak-kanak berkeperluan khas.

Apa yang disediakan? Jom kita sama-sama lihat.

iKurnia MOOC : Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak Berkeperluan Khas Genius Kurnia Secara Dalam Talian (Online)

Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak Berkeperluan Khas menawarkan maklumat bagi komuniti khususnya guru-guru yang mendidik kanak-kanak berkeperluan khas.

Kursus ini menerangkan aspek penting yang perlu dititikberatkan ketika mendidik atau menjalankan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bagi kanak-kanak berkeperluan khas.

Antara aspek penting tersebut adalah kaedah penaksiran yang perlu dijalankan, kaedah pembangunan Pelan Pendidikan Individu dan Keluarga (PPIK), aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dan sebagainya.

Kursus dalam talian yang tidak mengenal sempadan ini secara tidak langsung dapat membantu guru-guru mendidik kanak-kanak berkeperluan khas dengan lebih berkesan lagi.

Apakah Yang Akan Dipelajari?

  • Peserta dapat menyatakan pengalaman yang dihadapi oleh para ibu bapa dan guru yang mendidik anak berkeperluan khas
  • Peserta dapat menyenaraikan langkah-langkah penaksiran yang dijalankan untuk kanak-kanak berkeperluan khas
  • Peserta dapat menerangkan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan keadaan dan situasi kanak-kanak
  • Peserta dapat menjelaskan aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dengan kanak-kanak berkeperluan khas

Modul Kursus iKurnia

Modul dalam kursus ini merangkumi:

Modul 1: Perkongsian Pengalaman 

Modul 2: Pentaksiran

Modul 3: Strategi Pengajaran

Modul 4: Aktiviti Pembelajaran

Berikut dikongsikan panduan strategi intervensi awal yang dijalankan di GENIUS Kurnia di platform MOOC OpenLearning bagi manfaat semua.

▪️PERCUMA DAN AKSES 24 JAM.

▪️E-SIJIL

▪️Terima mata jam kredit untuk SPLKPM dan MyCPD (tertakluk pada terma dan syarat).

Baca juga: Cara Buat Whatsapp Room (Video Meeting Ala Google Meet / Zoom)

Cara Menyertai Kursus Genius Kurnia

Pautan seperti dibawah:

https://www.openlearning.com/permatakurnia/courses/ikurnia-pakkbk

Mari kita sertai dan sebarkan kepada semua.

Terima kasih!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: