Contoh Surat Berhenti Kerja : Notis 24 Jam, Sebulan (Versi WORD- BM & BI)
Bagi yang sudah nekad untuk berhenti kerja, anda perlu kemukakan surat berhenti kerja.
Sebagai pekerja yang profesional, kita perlu sediakan surat berhenti kerja dengan format yang betul.
Pastikan notis masa yang diberikan di dalam surat menepati kontrak atau surat tawaran kerja supaya tidak melanggar syarat-syarat yang ditetapkan syarikat.
Baca juga : Contoh Surat Pelepasan Bekerja PKP & Kebenaran Rentas Daerah / Negeri
Template Surat Berhenti Kerja (Contoh Surat Rasmi Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris)
Apa Yang Perlu Ada Dalam Surat Berhenti Kerja?
Surat berhenti kerja perlulah ringkas dan padat. Tak perlu panjang berjela. Antara isi penting yang perlu ada dalam surat berhenti kerja ialah:
- Nama dan jawatan sekarang
- Sebab Berhenti Kerja
- Tarikh Akhir Berhenti Kerja
- Ucapan Terima Kasih Untuk Peluang Bekerja Selama ini
Untuk notis berhenti kerja 1 bulan atau lebih lama, anda boleh juga tuliskan tawaran pertolongan untuk bantu syarikat supaya anda dapat mengalihkan tugasan pada pekerja lain. Seterusnya, boleh ikuti format di bawah dan isi butiran yang diperlukan.
Contoh Notis 24 jam)
<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>
Tarikh : <Tarikh>
Pengurus,
<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>
Tuan/Puan,
NOTIS BERHENTI KERJA 24 JAM DI <NAMA SYARIKAT>
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Saya <Nama Pekerja> yang bertugas sebagai <Jawatan Sekarang> ingin memaklumkan kepada pihak Tuan tentang perletakan jawatan saya berkuatkuasa <Tarikh berhenti kerja>
- Untuk makluman pihak Tuan perletakan jawatan ini disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru.
- Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada <Nama Syarikat> kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas. Saya juga begitu gembira selama saya berkhidmat dengan <Nama Syarikat>.
- Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak Tuan dapat memberi kerjasama dan di dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………………………
<Nama Pekerja>