Penjelasan Pengambilan Guru Secara ‘One-off’ Mulai 7 Julai
Dalam sidang media khas Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin pada 20 Jun 2021, gelah diumumkan bahawa pengambilan guru secara one-off akan dibuat mulai 7 Julai 2021.
Tindakan ini adalah bagi mengatasi masalah kekurangan guru yang menjadi masalah sejak sekian lama, dan pengambilan guru kali ini melibatkan 18,702 orang guru gred DG41 – iaitu pengambilan yang terbesar setakat ini.
Namun, mungkin ada antara kita yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan ‘one-off’ dan apakah kriteria pemohon yang boleh dipertimbangkan.
Berikut kami kongsikan info lanjut melalui hantaran Facebook Ifa Safirah Abd Rahim yang menonton temubual siaran Malaysia Hari Ini bersama YBRS Dr Ahmad Rafee Bin Che Kassim selaku Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pengambilan Profesionalisme Keguruan).
PENJELASAN “PENGAMBILAN GURU SECARA ONE-OFF”
Oleh YBRS Dr Ahmad Rafee Bin Che Kassim selaku Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pengambilan Profesionalisme Keguruan)
“One Off” bermaksud pengambilan khas ini akan dibuat sekali sahaja, tetapi dengan jumlah yang besar.
Penjelasan:
Jawatan perkhidmatan yang ditawarkan adalah bergred DG41.
Seramai 18 702 orang guru akan ditempatkan
Merupakan usaha KPM dengan kerjasama JPA dan SPP
Tujuan pengambilan khas secara one off
1) Mengatasi jurang kekurangan guru
2) Menyahut Pelan Pemulihan Negara
Perbezaan pengambilan khas ‘one-off’ dengan pengambilan biasa setiap tahun.
1) Jumlah pengambilan guru kebiasaannya 5000 sahaja, manakala pengambilan khas akan menempat 18,702 guru.
2) Pengambilan biasa adalah untuk menggantikan guru yang bersara dan pembukaan sekolah baharu/matapelajaran yang memerlukan guru, manakala pengambilan khas ini adalah bagi menutup jurang kekurangan guru.
SIAPA YANG LAYAK MEMOHON?
- Graduan yang memiliki iktisas (IPG)
- Graduan Sarjana Muda dengan Pendidikan
- Graduan Sarjana Muda awam yang memiliki Diploma Pendidikan
- Graduan yang tidak memiliki SM dengan pendidikan juga boleh memohon (mengikut kesesuaian bidang dan perlu menjalani Diploma Pendidikan sebelum lantikan)
- Graduan pendidikan AKAN DIBERI KEUTAMAAN
Bagaimana dengan graduan pendidikan yang tidak mempunyai kekosongan dalam opsyen mereka?
Akan melihat kesesuaian opsyen pertama dengan kedua.
*Contoh: Guru Kimia yang berjaya temuduga akan ditempatkan sebagai guru matapelajaran Sains.
PROSES PERMOHONAN
- Rujuk portal rasmi SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan)
- Iklan akan dikeluarkan 7 Julai 2021 (save the date!)
- Akan diterangkan dengan lebih lanjut di iklan akan datang.
Secara ringkas:-
PERMOHONAN > TAPISAN 1 (Kelayakan, bidang yang dipohon) > Menduduki ujian UKCG (Ujian Kelayakan Calon Guru) – (bagi calon bukan pendidikan) > Lulus > Temuduga > Keputusan temuduga > Penempatan.
.
Makluman tambahan.
- Pemilihan, saringan, temuduga dan pelantikan akan diuruskan oleh SPP.
- Penempatan akan diuruskan oleh KPM.
STATUS PENEMPATAN
- Oktober 2021
- Bakal guru dinasihatkan agar BERSEDIA untuk ditempatkan di mana-mana sahaja demi memenuhi keperluan negara.
“Guru mestilah berjiwa pendidik”.
.
Yang benar,
Ifa Safirah Abd Rahim
Yang bercita-cita untuk jadi pendidik.
Rujuk pautan pada hantaran asal di Facebook: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4169918253069986&id=100001555579540