Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2022
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa semua warganegara Malaysia yang layak untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2022 secara dalam talian (online) mulai 19 Januari 2022.
Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon perlu membaca dan memahami syarat dan tatacara permohonan seperti dibawah.
Apakah Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2022?
Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) ini adalah bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar, di samping memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Pasca Ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.
Kelebihan biasiswa ini adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka.
Syarat Permohonan
SYARAT-SYARAT UMUM
(i) Warganegara Malaysia; dan
(ii) Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2022.
SYARAT-SYARAT KHUSUS
- (i) Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian akademik yang amat cemerlang iaitu CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
- (ii) Telah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian;
- (iii) Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis
Nota : Calon-calon yang memenuhi syarat permohonan akan disaring lanjut oleh pihak JPA sebelum disenaraipendek untuk menghadiri temuduga.
Keutamaan dalam pemilihan calon penerima BYDPA adalah di kalangan mereka yang:
- aktif dalam kegiatan ko-kurikulum / aktiviti kemasyarakatan;
- menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, rekacipta seni atau teknologi dan sebagainya; dan
- mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa.
Baca juga: Cara Tukar Ke Akaun Shariah KWSP Melalui i-Akaun. 5 Minit Siap!
Tarikh Permohonan Biasiswa YDPA 2022
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2021 ini dibuka mulai 19 Januari hingga 22 Februari 2022.
Pemohon yang berminat hendaklah melengkapkan permohonan secara online.
Borang permohonan yang telah dilengkapkan tersebut hendaklah dicetak dan ditandatangani serta dikemukakan bersama-sama dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan kepada pihak JPA sebelum atau pada 22 Februari 2022 sama ada melalui secara serahan tangan atau pos.
Baca juga: PICKIDS: Vaksinasi COVID-19 Kanak-kanak Akan Bermula Februari 2022
Cara Permohonan Biasiswa YDPA 2021
Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian (online) melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my.
Borang permohonan yang lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan hendaklah dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 22 Februari 2022 sama ada melalui serahan tangan / pos ke alamat berikut:
Ketua Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)
Dokumen Sokongan Yang Perlu Disertakan
Borang permohonan yang lengkap tersebut hendaklah dikepilkan bersama dengan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:
- Salinan ijazah pertama atau setaraf (skrol dan transkrip yang diakui sah oleh pegawai berkelayakan);
- Salinan Ijazah Sarjana atau setaraf (skrol dan transkrip yang diakui sah oleh pegawai berkelayakan – bagi permohonan peringkat Ph.D);
- Surat tawaran tanpa syarat daripada universiti / institusi pengajian;
- Salinan sijil-sijil / surat pengesahan ko-kurikulum yang diakui sah oleh pegawai berkelayakan;
- Kertas Cadangan Pengajian (Research Proposal) dalam Bahasa Malaysia/ Bahasa Inggeris untuk pengajian dalam negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di luar negara. Panduan menulis cadangan penyelidikan/pengajian adalah seperti di LAMPIRAN F (rujuk di bawah);
- Dokumen-dokumen sokongan lain yang berkaitan yang diakui sah oleh pegawai berkelayakan;
- Borang JPA(L)LDP1A/96 yang telah dilengkapkan dan ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkaitan – dokumen ini hanyalah untuk pemohon yang terdiri daripada penjawat awam sahaja.
Muat Turun Borang / Lampiran
- Notis Iklan
- Borang Permohonan BYDPA Tahun 2022
- Lampiran A Senarai Bidang dan Sub Bidang Pengajian
- Lampiran B Senarai Institusi Pengajian Tinggi Tempatan
- Lampiran C Senarai Universiti Terkemuka Dunia
- Lampiran D Panduan Permohonan
- Lampiran DI Syarat syarat Permohonan
- Lampiran DII Panduan Menulis Kertas Cadangan Penyelidikan
- Borang Lampiran B
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai BYDPA Tahun 2022 boleh hubungi talian 03 – 8885 3879 / 3569 pada setiap hari bekerja (9.00 pagi – 5.00 petang) atau e-mel kepada [email protected]