HLP KPM 2022: Permohonan Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan

Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Hadiah Latihan Persekutuan separuh masa/sambilan (HLPS) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ambilan Tahun 2022

HLP KPM 2022: Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) akan dibuka bermula 24 Disember 2021!

Hadiah Latihan persekutuan adalah merupakan kemudahan cuti sambung belajar yang meliputi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) yang berada dibawah kumpulan Pengurusan dan Profesional, Gred 41 dan ke atas yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. 

Pemohon yang membuat permohonan boleh membuat semakan melalui pautan: https://epenawaran.moe.gov.my pada tarikh yang akan ditetapkan tersebut.

Apakah Hadiah Latihan Persekutuan (HLP KPM 2022)?

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan program penajaan Hadiah Latihan Persekutuan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah sama ada di institusi pengajian tinggi terpilih di dalam atau luar negara secara sepenuh masa atau separuh masa mengikut bidang dan pengkhususan yang telah ditetapkan.

Pemberian penajaan atau kemudahan cuti belajar juga merupakan satu bentuk penganugerahan dan pengiktirafan kepada PPP yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dan berpotensi untuk menyumbang idea baharu serta kreatif dan berinovasi khusus dalam bidang yang diperlukan oleh KPM

Program HLP ini ditawarkan kepada PPPT gred 41 dan ke atas untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Ph.D.

Bagi pegawai dibawah kumpulan sokongan, program yang ditawarkan pada masa ini adalah tawaran Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) Tanpa Biasiswa.

Baca juga: Semua Sektor Dijangka Akan Terima Kenaikan Gaji Tahun 2022

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan HLP KPM 2022 adalah seperti berikut:

  • Permohonan Dibuka: 24 Disember 2021
  • Permohonan Ditutup: 21 Januari 2022
  • Urusan Temuduga: April 2022
hlp 2022

Program Yang Ditawarkan

Antara Cuti Belajar/Program Penajaan yang ditawarkan setiap tahun adalah seperti yang berikut:

  1. Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBP DB) atau juga dikenali sebagai Hadiah Latihan Persekutuan (HLP);
  2. Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS);
  3. Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA];
  4. Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Program Khas Yang Menyokong Industrial Revolution (IR) 4.0. [IR 4.0]; dan
  5. Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB).

Cara Permohonan / Semakan

Calon – calon yang berminat hendaklah memohon secara atas talian sepenuhnya di pautan berikut : https://epenawaran.moe.gov.my atau melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (rujuk Pautan Pantas > Permohonan / Semakan Dibuka).

Baca juga: Cara Beli RFID Online Guna Apps Touch n Go. Mudah & Lebih Murah!

Maklumat Lanjut Tentang HLP KPM 2022

Maklumat lanjut tentang syarat permohonan HLP KPM 2022, kursus yang ditawarkan dan butiran lain akan dikemaskini setelah surat edaran rasmi dimuat naik di laman web rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau menghubungi:

Cawangan Penawaran
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 1, Blok 2251,
Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya
SELANGOR
(u.p. : Puan Nur Izzati binti Marzuki / Cik Aina Shaharina binti Ahmad/ Puan Jamilah binti Yahya / Puan Badauyah binti Abdul Rahim / Encik Asri bin Asmuni)
No. Telefon : 03-8321 7149 / 03-8321 7147 / 03-8321 7144 /
03-8321 7154 / 03-8321 7151
E-mel : [email protected]
Untuk MASALAH TEKNIKAL borang permohonan, sila hubungi :
E-mel: [email protected]

Atau layari https://www.moe.gov.my/

Selamat berjaya!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: