Cara Daftar SSM Online Untuk Perniagaan Baru Anda. Mudah & Cepat!
CARA DAFTAR SSM SECARA ONLINE
Tahukah anda, untuk memudahkan pengguna, pendaftaran perniagaan kini boleh dilakukan secara atas talian sepenuhnya.
Ini bermaksudnya. anda boleh mendaftarkan perniagaan anda di rumah secara online tanpa perlu hadir ke kaunter SSM untuk pengaktifan ID.
Di sini kami kongsikan cara daftar SSM secara online saja tanpa perlu ke kaunter.
Mudah sangat, boleh siap daftar dalam beberapa minit saja.
Lepas dah jadi pengguna EzBiz, nak renew SSM bila-bila masa pun boleh tanpa perlu hadir ke kaunter lagi!
Jenis Perniagaan Yang Boleh Didaftarkan
Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam jadual di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956).
Perniagaan yang boleh didaftarkan di bawah APP 1956 hanya perniagaan beroperasi di Malaysia
Barat iaitu meliputi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan dan bentuk perniagaan adalah seperti berikut:
- Perniagaan Milik Tunggal – perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh
seorang pemilik.
- Perniagaan Perkongsian – perniagaan dimiliki oleh sekurangkurangnya dua (2) orang dan tidak melebihi daripada dua puluh (20) rakan kongsi.
Harga Daftar Perniagaan Di SSM
Mungkin ramai tak tahu bahawa untuk daftar perniagaan online ini kosnya tidaklah tinggi.
Namun, anda boleh mendapatkan pelbagai manfaat melalui perniagaan yang berdaftar. Selain memudahkan pengiraan akaun dan membina keyakinan pelanggan, perniagaan yang berdaftar juga boleh menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan.
Harga Pendaftaran Perniagaan :
- Menggunakan Nama Sendiri (Seperti dalam kad pengenalan) : RM60
- Menggunakan Nama Tred* : RM60
- Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan.
- Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.60 (Termasuk GST).
*Nama Tred ialah nama perniagaan yang dicadangkan dan perlu mendapat kelulusan daripada Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu. Contoh: Kedai Dobi
Mewah, Lucky Star Catering, ABS Unggul Enterprise.
SKIM PENDAFTARAN PERNIAGAAN PRIHATIN : PERCUMA UNTUK PELAJAR & B40
1 OKU 1 PERNIAGAAN : PERCUMA
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran Perniagaan Baru Dengan SSM
Untuk mendaftarkan perniagaan baru, anda hanya perlu menyediakan dokumen berikut:
- Kad Pengenalan & salinan
- *Surat Kebenaran atau Surat Sokongan bagi jenis perniagaan Taska (Jabatan Kebajikan Masyarakat), Tadika, Pusat Tuisyen, Sekolah/Kolej Pendidikan (Kementerian/Jabatan Pendidikan)
- *Surat kebenaran atau sokongan daripada agensi berkaitan sekiranya diperlukan oleh Pendaftar Perniagaan
Cara Daftar SSM Online
Sebelum mendaftar perniagaan, kita perlu daftar sebagai pengguna EzBiz terlebih dahulu.
Caranya seperti di bawah ini.
A. Daftar Pengguna EzBiz
- Pergi ke laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
- Tekan “Sign Up”
- Sila isikan semua maklumat yang bertanda (*).
- Selepas selesai, tekan “Register”.
- Tick di bahagian “Declaration”
- Selepas selesai, tekan “Save”
- Notifikasi akan dihantar melalui emel dengan disertakan nombor rujukan (EZxxxxx).
- Pengguna hanya perlu membuat verifikasi ID melalui e-mel.
- Log masuk ke laman EzBiz dan pergi ke menu “User Profile”
- Kemudian klik sub menu “User Verification Request”.
- Klik “Add New”
- Sila lampirkan dokumen wajib seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan depan dan belakang di ruangan “Upload MyKad”
- Gambar yang jelas dengan pemohon memegang kad pengenalan di paras leher di ruangan “Upload Selfie”
- Salah satu dokumen rasmi seperti Lesen Memandu / Pasport / Sijil Lahir /Bil utiliti atas nama sendiri di ruangan “Supporting Document”
NOTA:
- Permohonan yang diterima akan diproses. Pastikan semua dokumen yang dilampirkan lengkap dan jelas untuk disemak dan diluluskan.
- Pengguna akan menerima e-mel dari SSM bahawa pengaktifan Akaun Pengguna ezbiz telah berjaya dan pengguna dapat terus menikmati perkhidmatan yang ditawarkan di ezBiz secara dalam talian.
- Sekiranya permohonan tidak lengkap, pengguna akan menerima e-mel dari SSM dan dia perlu menghantar semula dokumen yang disebutkan di atas.
RUJUK MANUAL PENDAFARAN EZBIZ :
B. Cara Daftar SSM Online Di Laman Web EzBiz
Setelah selesai mendaftar sebagai pengguna EzBiz, kita bolehlah menikmati perkhidmatan yang ditawarkan secara online, antaranya ialah mendaftar perniagaan SSM.
Sila rujuk langkah di bawah untuk mengetahui cara daftar SSM semasa PKP.
- Login ke laman web EzBiz https://ezbiz.ssm.com.my/
- sila pilih menu MY BUSINESS SERVICE.
- Pilih tab NEW BUSINESS di bawah sub menu NEW BUSINESS REGISTRATION.
- Isikan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut:
a) Nama perniagaan
b) Tarikh permulaan perniagaan
c) Alamat utama perniagaan
d) Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
e) Maklumat pemilik dan rakan kongsi
f) Jenis perniagaan yang akan dijalankan
g) Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)
- Isikan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut:
- Setelah selesai, buat pembayaran mengikut kaedah yang anda inginkan.
- Sekiranya berjaya, anda akan mendapat notifikasi pengesahan dari SSM.
- Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu jam dari waktu pembayaran dibuat.
RUJUK MANUAL PENUH:
TATACARA PENGGUNA EZBIZ PENDAFTARAN PERNIAGAAN BARU
PENDAFTARAN PERNIAGAAN BARU DI BAWAH SKIM PERNIAGAAN PPRIHATIN – SPPP
Baca juga: SPPP: Cara Daftar SSM Percuma Untuk Ibu Tunggal, Belia B40 & Pelajar
PENDAFTARAN PERNIAGAAN BARU DI ABWAH SKIM 1 OKU 1 PERNIAGAAN
Panduan Pembaharuan Perniagaan Online (Renew SSM Online)
Untuk membuat pembaharuan lesen perniagaan atau renew SSM online, sila ikuti langkah berikut:
- Layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
- Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan dan disahkan
- Klik bahagian ‘My Business Service’
- Pilih ‘Renewal by Owners’
- Klik di ikon ‘Action’ untuk meneruskan proses pembaharuan lesen perniagaan.
- Semak maklumat perniagaan dan lengkapkan Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan Online (BORANG A1)
- Pilih tempoh pembaharuan perniagaan yang diinginkan (1 tahun – 5 tahun)
- Buat bayaran mengikut transaksi yang dipilih (kad debit/ kad kredit / perbankan online / kaunter).
- Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa 15 minit selepas transaksi pembayaran dibuat.
Baca juga: mySIKAP: Cara Renew Lesen JPJ Online & Roadtax Tanpa Ke Kaunter
Maklumat Lanjut
Urusan pendaftaran perniagaan kini lebih mudah kan?
Dah boleh daftar SSM semasa PKP secara online je tanpa perlu ke pejabat lagi.
Pastikan anda mendapat maklumat yang betul dan menggunakan platform pendaftaran perniagaan yang betul iaitu www.ezbiz.ssm.com.my
Maklumat lanjut sila dapatkan info terkini melalui media sosial rasmi SSM: