Penjana Kerjaya 2.0: Insentif RM1500 Sebulan Untuk Belia

Dalam suasana ekonomi sekarang, peluang pekerjaan memang sangat dicari-cari.

Di bawah seliaan Majlis Pekerjaan Negara (NEC), Kerajaan telah memperkenalkan inisiatif Penjana Kerjaya 2.0 bagi mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat, khususnya golongan belia graduan dan yang menganggur, selain dari pencari kerja dari pelbagai lapisan umur dan latar belakang.⠀

Selain insentif perantisan kepada pihak majikan, program ini membolehkan para belia yang menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan tetap, menimba pengalaman bekerja dan meningkatkan kemahiran melalui on-the-job-training.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang Penjana Kerjaya 2.0 yang perlu anda tahu.

Apakah Penjana Kerjaya 2.0?

Ia merupakan program di bawah Kementerian Sumber Manusia (PERKESO) bagi memberi pengalaman bekerja jangka pendek sepenuh masa sekurang-kurangnya 3 bulan kepada para belia.

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran belia dalam alam pekerjaan melalui latihan on-the-job-training bagi meingkatkan kebolehpasaran mereka.

Insentif Majikan & Pencari Kerja

Insentif yang diterima bagi majikan / perantis program ini termasuklah:

  • Bayaran RM1,000 kepada majikan yang mengambil lepasan sekolah dan graduan bagi Program Perantisan
  • Tempoh bayaran adalah selama 3 bulan dengan syarat kontrak perkhidmatan minimum 3 bulan
  • Gaji / elaun minimum adalah RM1,500 sebulan
  • Majikan hanya boleh memohon hanya 1 kursus latihan untuk perantis dengan kos maksimum RM4,000
  • Pekerja juga layak menerima elaun kesediaan kerja / bantuan

Baca juga: MyRail5: Cara Daftar Pas Perjalanan Tanpa Had Pelajar & OKU Online

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk menyertai Program Penjana Kerjaya 2.0 adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Lepasan sekolah / graduan berumur 18-30 tahun
  • Calon masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan tetap
  • Calon mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana syarikat dan badan-badan berkanun

Syarat Tambahan

  • Syarikat perlu berdaftar dan mengiklankan kekosongan bagi pengambilan perantis di Portal MYFutureJobs
  • Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu mencarum dengan PERKESO
  • Majikan layak memohon 3 bulan insentif Penjana Kerjaya 2.0 di bawah kategori pekerja, sekiranya perantis berkenaan diserap sebagai pekerja tetap

Baca juga: PSU 3.0: Permohonan Program Subsidi Upah 2021 Mulai 1 Januari

Tarikh Permohonan Program Perantisan Penjana Kerjaya 2.0

Tarikh permohonan bagi program ini akan bermula pada 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021.

Cara Permohonan

Pencari Kerja boleh memohon pekerjaan melalui portal www.myfuturejobs.gov.my

Majikan boleh mendaftar untuk mendapatkan insentif gaji melalui https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my dan mengiklankan pengambilan pekerjaan melalui www.myfuturejobs.gov.my

Tarikh tutup bagi pendaftaran majikan adalah pada 30 Jun 2021. Bagi majikan yang belum mendaftar, lekaslah mendaftar dan ambil peluang ini.

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, sila teliti Soalan Lazim PenjanaKerjaya 2.0 di bawah ini.

penjana kerjaya 2.0
penjana kerjaya 2.0
penjana kerjaya 2.0

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui Pegawai perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 03-8091 5300 / 1-300-22-8000 atau e-mel kepada [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: