in

Jadual Kelas KAFA TV AlHijrah Setiap Hari, Jam 4.30 Petang

jadual kelas kafa tvalhijrah
ADVERTISEMENT

JADUAL KELAS KAFA TV ALHIJRAH 2021

Ibu ayah yang risau anak-anak tak ke sekolah juga risaukan pembelajaran di Kelas KAFA yang tertangguh akibat wabak COVID19.

Menyedari hakikat ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata pihaknya mengambil maklum tentang kerisauan ibu bapa berkenaan kelas KAFA anak-anak mereka.

ADVERTISEMENT

Susulan itu, slot Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) bakal disiarkan setiap hari di TV AlHijrah bagi menjamin pendidikan agama di kalangan pelajar terutama di peringkat sekolah rendah.

kelas kafa tv alhijrah

Baca juga: 14 Apps Pendidikan / Bahan Bantuan Mengajar (BBM) Untuk Anak (Bahasa Malaysia)

Menurut AlHijrahNews, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata slot pendidikan itu akan dapat membantu pelajar dari kumpulan B40 terutama yang mempunyai masalah capaian internet yang terhad.

“Pendidikan atas talian sangat penting, namun kita masih perlu perakui, capaian masih belum sepenuhnya.

“TV Al Hijrah akan melaksanakan kelas KAFA yang mana murid dan pelajar boleh tonton setiap hari selama setengah jam dan ulangan hari sama bagi subjek tersebut.”

“Doakan usaha kami,” katanya kepada AlHijrah Online.

Baca juga: Bantuan Telefon Pintar 2021 & Data Percuma Untuk B40 – YTL Foundation

jadual kelas kafa tv alhijrah

Jadual Kelas KAFA TV AlHijrah 2021

Slot pendidikan itu Kelas KAFA d’ Hijrah akan disiarkan bermula 1 Feb 2021 setiap hari Isnin hingga Sabtu pada jam 4.30 petang dan ulangan pada hari sama jam 6.30 petang.

Berikut adalah jadual harian mulai 1 Februari yang telah diumumkan secara rasmi melalui media sosial rangkaian televisyen tersebut:

jadual kelas kafa tv alhijrah

Untuk makluman, kelas KAFA bagi subjek tersebut boleh ditonton di saluran 114 TV Al Hijrah melalui semua platform Myfreeview, Astro, Astro Njoi, Unifi TV, Sirius TV, dan juga penstriman di FB TVAlhijrah

https://twitter.com/drzul_albakri/status/1353882152304144384

Semoga dapat membantu ulangkaji bagi anak-anak kita setiap hari agar tiada isu kes murid keciciran ilmu.

Moga usaha ini berterusan dan menjadi program signature selepas MyQuranTime khusus untuk pembentukan mental fakulti dan asas kerohanian setiap hari.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan TV pendidikan Kelas KAFA di TV Alhijrah, sila ikuti Facebook TV Alhijrah.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 Taman Tema Air Di Johor Untuk Anda Yang ‘Hantu Air’

qr code smart halal jakim

Smart Halal QR Code : Cara Kenalpasti Status Halal JAKIM Hanya Dengan Sekali Imbas!