Apa Itu Dasar Pendidikan Digital, Objektif & 6 Teras Utama

Apa Itu Dasar Pendidikan Digital & 6 Teras Utama | Seiring dengan perkembangan dunia, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha menyediakan pendidikan yang berkualiti  kepada rakyat agar mampu berdaya saing dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. 

Dalam usaha itu, pihak kerajaan telah melancarkan Dasar Pendidikan Digital (DPD) pada tahun ini sejajar dengan perkembangan teknologi dan era digitalisasi masa kini. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: ID Digital Malaysia – Pengenalan Program ID Digital Nasional (IDN) Bermula 2024

Dasar Pendidikan Digital (DPD)

Dasar Pendidikan Digital digubal bertujuan untuk melahirkan generasi fasih digital dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan era ekonomi digital. 

Ia merupakan sebuah usaha yang berstruktur dan terancang bagi mendepani cabaran 5IR.

Dengan visi melahirkan murid fasih digital yang berdaya saing menerusi peningkatan pengetahuan, kemahiran dan nila, Dasar Pendidikan Digital ini telah dilancarkan pada 28 November 2023 oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Melalui dasar ini, murid fasih digital dapat dibangunkan untuk memenuhi keperluan era digital; di samping mengupaya pendidik dan pemimpin pendidikan untuk mengintegrasi teknologi digital dalam ekosistem pendidikan.

Selain itu, dasar ini juga dapat memperkukuh infrastruktur, infostruktur dan kandungan pendidikan digital; serta mengoptimum pelibatan aktif rakan strategik sebagai pemangkin pendidikan digital.

Bagi menjayakan DPD, Kementerian Pendidikan (KPM) telah pun memulakan usaha dengan memberi tumpuan memperbaiki infrastruktur dan memperkemas ekosistem digital di sekolah-sekolah.

kPM bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam meningkatkan infrastruktur serta ekosistem digital di sekolah dan untuk permulaan 3,600 sekolah sudah mendapat manfaat daripada projek PoP (Point of Presence) KKD.

Apa Itu Dasar Pendidikan Digital , Objektif & 6 Teras Utama

Objektif

Berikut merupakan objektif Dasar Pendidikan Digital:

  • Membangunkan murid fasih digital untuk memenuhi keperluan era digital;
  • Mengupayakan pendidik dan pemimpin pendidikan untuk mengintegrasikan teknologi digital dalam ekosistem pendidikan;
  • Memperkukuh infrastruktur, infostruktur dan kandungan pendidikan digital; dan
  • Mengoptimumkan pelibatan aktif rakan strategik sebagai pemangkin pendidikan digital.

Apa Itu Murid Fasih Digital?

Murid Fasih Digital adalah murid yang berupaya menggunakan teknologi digital secara bersepadu, kreatif, bertanggungjawab dan beretika untuk:

  • Mencipta dan menghasilkan inovasi
  • Menganalisis data secara saintifik
  • Menyelesaikan masalah dan berkomunikasi
  • Berkolaborasi dengan berkesan

6 Teras & Strategi Dasar Pendidikan Digital

Apa Itu Dasar Pendidikan Digital , Objektif & 6 Teras Utama

Dasar Pendidikan Digital mempunyai enam teras utama iaitu;

  1. Murid fasih digital
  2. Pendidik kompeten digital
  3. Budaya kepemimpinan digital berwawasan
  4. Pengupayaan infrastruktur dan infostruktur
  5. Kandungan digital berkualiti
  6. Rakan strategik yang komited

Rujuk jadual (gambar) di bawah untuk mengetahui strategi berdasarkan setiap teras utama dalam DPD;

Apa Itu Dasar Pendidikan Digital , Objektif & 6 Teras Utama

Cabaran Utama DPD & Usaha Mengatasi

Salah satu cabaran utama pelaksanaan DPD adalah jurang digital antara murid bandar dan murid luar bandar yang wujud.

Oleh itu, kerajaan berusaha mengupayakan infostruktur dan infrastruktur untuk memastikan akses yang pantas dan canggih kepada teknologi digital dalam usaha merealisisasikan DPD.

Sehubungan dengan itu, KPM memperkasakan sebanyak 367 buah Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan 16 buah Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP) Jabatan Pendidikan Negeri di seluruh negara sebagai pusat kecemerlangan untuk inisiatif pendidikan digital.

Kesemua pusat ini dibekalkan dengan peralatan dan perkakasan studio digital dan hab penghasilan digital yang boleh digunakan oleh murid dan guru bagi meningkatkan kompetensi digital, membangunkan kandungan dan melaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).

KPM juga sedang menambah baik kemudahan kelas hibrid di 110 buah institusi pendidikan terpilih yang melibatkan 550 buah bilik darjah.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di pauatan berikut: https://www.moe.gov.my/dasarmenu/dasar-pendidikan-digital 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: