in

Minhah Covid19: Bantuan Tunai RM200 Bagi Yang Terjejas Pendapatan

bantuan minhah covid-19
ADVERTISEMENT

Berikutan keluhan dari masyarakat yang terjejas akibat pandemik COVID-19, MAINJ akan menyalurkan sumbangan tunai sebanyak RM 200 kepada 17,000 individu menerusi Bantuan Khas Tambahan Minhah Covid19.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang bantuan tersebut meliputi syarat-syarat kelayakan, borang dan cara permohonan, serta tarikh akhir membuat permohonan bagi bantuan ini.

Apakah Bantuan Khas Tambahan Minhah Covid19?

Minhah Covid19 MAINJ ini adalah bantuan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) kepada individu yang sumber pendapatannya benar-benar terjejas susulan pandemik Covid-19.

Peruntukan yang disediakan adalah sebanyak RM 3.4 juta.

ADVERTISEMENT

Jumlah Bantuan Minhah Covid19

Jumlah bantuan adalah RM200 tunai secara one-off bagi individu yang layak.

Bantuan ini dibuka untuk memberi manfaat kepada 17,000 individu yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Baca juga: Cara Mohon Rumah PPR Serendah RM35K, Sewaan RM124/ Sebulan

Tarikh Permohonan

Permohonan akan dibuka secara dalam talian pada 1 Disember hingga 14 Disember 2020.

minhah covid19

Syarat Permohonan Bantuan Minhah Covid19

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia
  3. Hendaklah bermastautin di Johor sekurang-kurangnya 3 tahun.
  4. BUKAN penerima Bantuan Bulanan MAINJ.

NOTA:

  • MAINJ berhak menolak permohonan sekiranya butiran yang diberikan tidak benar dan tidak mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
  • Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan
bantuan minhah covid19 mainj

Cara Permohonan Bantuan Minhah Covid19 MAINJ

Untuk membuat permohonan, pemohon perlu melengkapkan borang di pautan Google Forms yang disediakan mengikut daerah di bawah ini.

Daerah Kota Tinggi
https://forms.gle/DB5cHwwgZaHCcN6X6

Daerah Mersing
https://forms.gle/dc4Qr45XkUkTazTX8

Daerah Kluang
https://forms.gle/jswFFPTizvVYpDc9A

Daerah Kulai
https://forms.gle/TPQ7BvRpYmDAwUjT7

Daerah Pontian
https://forms.gle/tt2k8qZErhtKbRQx8

Daerah Segamat
https://forms.gle/Cj1D9GRpbsySK24C8

Daerah Tangkak
https://forms.gle/hs41Qm9PFabawodg7

Daerah Muar
https://forms.gle/EKgB6n893S68KP7C6

Daerah Batu Pahat
https://forms.gle/BfZVAGuFRaXUWwYx6

Daerah Johor Bahru
https://forms.gle/VUkjicCJYEcdpjKZ7

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu disertakan bersama untuk permohonan Bantuan Khas Tambahan Minhah Covid19 adalah:

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Salinan kad pengenalan pasangan
  3. Slip gaji pemohon atau pengesahan pendapatan

Baca juga: Lanjutan Moratorium Maybank: Cara Permohonan Untuk B40, M40 & PKS

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan Khas Tambahan Minhah Covid19, sila rujuk posting asal oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor di pautan ini: https://www.facebook.com/zakatjohor/posts/1669246703250479

https://www.facebook.com/zakatjohor/posts/1669246703250479
https://www.facebook.com/zakatjohor/posts/1667168633458286

Hubungi ibu pejabat MAINJ di saluran berikut untuk keterangan lanjut:

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
Aras 5, Blok ‘B’,
Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
Karung Berkunci 725, 80990,
Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

Nombor telefon: 07-2243918, 07-2282941

E-mel: [email protected]

Laman web: http://www.maij.gov.my/

Facebook: Majlis Agama Islam Johor

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

bantuan tadika tunas selangor

TUNAS Selangor: Pendaftaran Skim Bantuan Yuran Tadika RM50 Sebulan

mae maybank daftar qr pay

MAE Maybank: Cara Daftar, Aktifkan QR PAY, Split Bill & Buat Tabung Simpanan