TUNAS Selangor: Pendaftaran Skim Bantuan Yuran Tadika RM50 Sebulan

Makluman untuk ibu bapa, permohonan pendaftaran Skim Bantuan Yuran Tadika TUNAS Selangor kini dibuka.

Melalui bantuan ini, ibu bapa akan menerima bantuan berupa tambahan wang tunai untuk tujuan pembayaran yuran tadika anak-anak.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang Skim Bantuan Yuran Tadika TUNAS Selangor yang dikendalikan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Jumlah Bantuan

Bantuan yuran sebanyak RM50, setiap bulan kepada kanak-kanak tadika yang layak.

Bukan dalam bentuk wang tunai sebaliknya dalam bentuk yuran dan disalurkan terus kepada tadika yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Malaysia (JPM) atau JAIS, KEMAS dan Tadika Perpaduan.

Baca juga: Cara Buka Akaun SSPN Online, Semak Penyata & Buat Bayaran

Syarat Permohonan

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  2. Pemohon mestilah sama ada:
    • Ibu ATAU bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
    • ATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
    • ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
  3. Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah
  4. Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja
  5. Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja
  6. Untuk Anak yang belajar di TADIKA BERDAFTAR sahaja.

*KLIK SINI UNTUK LIHAT SENARAI TADIKA BERDAFTAR

tunas selangor

Cara Permohonan

Untuk memohon Skim Bantuan Tadika TUNAS Selangor ini, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi http://tunas.yawas.my/
  2. Klik pada menu ‘Permohonan’ > ‘Permohonan Baru’
  3. Isikan maklumat dalam borang permohonan tersebut dengan lengkap
  4. Hantar dokumen lengkap beserta surat sokongan dalam masa 14 hari selepas membuat pendaftaran online.

Rujuk video untuk maklumat selanjutnya.

Dokumen Yang Diperlukan

  • Cetak Borang Permohonan (Bagi Permohonan Baru Sahaja)
  • Salinan Sijil Lahir / Mykid Anak
  • Salinan MyKad Ibu
  • Salinan MyKad Bapa
  • Salinan Perakuan Anak Angkat / Sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu)
  • Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan IBU Sekiranya Ibu Tidak Bekerja *Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat / Pegawai Kerajaan Kumpulan A
  • Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan BAPA sekiranya Bapa Tidak Bekerja*Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat / Pegawai Kerajaan Kumpulan A
  • Cop Pengesahan Tadika Tempat Anak Belajar
  • Bagi Pemohon Yang Bukan Kelahiran Selangor, Berikut Adalah Dokumen Tambahan Yang Perlu Dilampirkan
    • Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / ASTRO / Muka Depan Buku Merah IBU
    • Cop Pengesahan Bermastautin(Bagi Permohonan Baru Sahaja)

Dokumen hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online dilakukan ke alamat berikut :

Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas),
Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7
Persiaran Kayangan
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel 03-5481 8800

Baca juga: Cara Mohon Rumah PPR Serendah RM35K, Sewaan RM124/ Sebulan

Semakan Status Permohonan Skim Tadika Selangor

Untuk membuat semakan status permohonan, anda boleh melakukannya secara online melalui pautan ini:

http://tunasv2.yawas.my/admin/semak_online.php

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai TUNAS boleh layari laman sesawang http://tunas.yawas.my/ atau hubungi YAWAS Careline di talian 03-5481 8800 atau e-melkan kepada: [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: