in

Permohonan Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 3.0

tekun mobilepreneur 3.0

Permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 3.0 dibuka kepada usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal.

Permohonan bagi Skim Pembiayaan Mobilepreneur 3.0 akan ditutup pada 20 November 2020, mulai jam 6 petang.

Apakah Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 3.0?

Program ini merupakan salah satu initiatif Kerajaan melalui TEKUN Nasional untuk memberi peluang menjana pendapatan kepada golongan yang hilang punca pendapatan serta terjejas akibat penularan Covid-19 serta arahan PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu.

Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 3.0 juga merupakan kesinambungan Program TEKUN Mobilepreneur 1.0 dan 2.0 yang telah dilaksanakan sebelum ini bermula pada bulan April 2020.

Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 3.0 disediakan kepada peserta untuk tujuan berikut:-

  • Pembelian motosikal
  • Baik pulih motosikal
  • Pendaftaran bersama syarikat e-hailing
  • Modal pusingan

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera / India)
  • Berumur 18-60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  • Pemohon bukan seorang yang muflis.
  • Mempunyai lesen memandu B1 / B2 yang sah.
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar.
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  • Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal.
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan.
  • Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam ( MOT )
  • Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.

Baca juga: i-Sinar KWSP: Syarat Kelayakan & Jumlah Pengeluaran Akaun 1 Yang Dibenarkan

Nilai Pembiayaan

Nilai Pembiayaan adalah RM1,000 – RM10,000 mengikut tujuan permohonan seperti berikut:

Tempoh Bayaran Balik

Tempoh bayaran balik pembiayaan 1 tahun sehingga 3 tahun

tekun mobilepreneur 3.0

Cara Permohonan

Segala permohonan perlu dibuat di pejabat cawangan berhampiran.

Senarai alamat pejabat cawangan:-https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/

Sila bawa dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  • Borang permohonan pembiayaan (JPP02 / JPP25 / JPP17)
  • Gambar pemohon ukuran passport
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) – muka hadapan dan belakang
  • Salinan lesen memandu B1 / B2 yang sah
  • Sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal
  • Salinan geran motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
  • Salinan cukai jalan motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
  • Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal) – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
  • Surat sokongan Syarikat e-Hailing / Bukti pendaftaran bersama Syarikat e-Hailing
  • Salinan buku bank simpanan / penyata bank pemohon (muka pertama dan transaksi terakhir)
  • Salinan salah satu bil utiliti (elektrik / air / telefon)
  • Peta lokasi rumah dari Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan

Muat turun Borang Permohonan: https://www.tekun.gov.my/…/borang-permohonan…/

Baca juga: Rumah Mesra Rakyat SPNB: Permohonan Baru & Borang Boleh Didapati Mulai 16 Nov 2020

Tarikh Akhir

Permohonan bagi Skim Pembiayaan Mobilepreneur 3.0 akan ditutup pada 20 November 2020, mulai jam 6 petang.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh melayari laman web TEKUN Nasional di www.tekun.gov.my atau rujuk Soalan Lazim TEKUN Mobilepreneur di pautan berikut: https://www.tekun.gov.my/ms/inisiatif-tekun-covid19/soalan-lazim-tekun-mobilepreneur/

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

rumah mesra rakyat spnb rmr

Rumah Mesra Rakyat SPNB: Syarat Kelayakan & Permohonan Baru 2020/2021

tarikh semakan gkp 2.0

Tarikh Semakan GKP 2.0 Bermula 27 Nov, Bayaran 30 Nov Ini