Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia, RM500 Bagi Ibu Bersalin

ibu bersalin terima rm500 cahaya mata keluarga amlaysia

INISIATIF CAHAYA MATA KELUARGA MALAYSIA (BANTUAN RM500 UNTUK SEMUA IBU BERSALIN BAGI TAHUN 2023)

KUALA LUMPUR: Pemberian sebanyak RM500 secara one-off akan diberikan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melahirkan anak pada tahun 2023.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2023 berkata, bantuan itu disediakan di bawah inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM150 juta.

“Bagi meningkatkan kadar kelahiran dan pada masa yang sama mengurangkan masalah kanak-kanak bantut, di bawah inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia, ibu dari isi rumah penerima BKM yang melahirkan anak pada 2023 akan diberikan bantuan RM500 secara one-off.

https://twitter.com/MOFmalaysia/status/1578300740484767744

“Jadi saya rasa masih sempat lagilah untuk mengambil peluang untuk mendapatkan zuriat pada tahun depan, tapi kenalah ingat bantuan ini hanyalah untuk ibu dan bukalah kepada bapa,” katanya berseloroh di sini, pada Jumaat. ,

Menurut Tengku Zafrul lagi, perangkaan kesuburan pada tahun 1970 adalah 4.9 bayi bagi setiap wanita.

Namun katanya, angka itu jatuh ke tahap terendah dengan 1.7 bayi bagi setiap wanita.

“Sementara itu, kanak-kanak dari keluarga susah khususnya berdepan dengan masalah pemakanan sehingga menganggu tumbesaran mereka lebih-lebih lagi sejak COVID-19 melanda.

Sumber: https://twitter.com/MOFmalaysia/status/1578300740484767744

Baca juga: