Tarikh Akhir Permohonan GKP 2.0 Pada 31 Oktober. Cepat, Ini Cara Apply!
Permohonan bagi inisiatif Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) akan ditutup pada 31 Oktober ini.
Dalam pengumuman Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin, bulan lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuka semula permohonan untuk PKS mikro melalui GKP 2.0, khususnya bagi usahawan yang tidak berkesempatan atau tidak berpeluang mendapat bantuan melalui inisiatif GKP sebelum ini.
Di bawah pakej Prihatin PKS Tambahan yang diumumkan April lalu, kerajaan menyediakan GKP khusus untuk membantu mereka meringankan beban kewangan akibat penularan wabak Covid-19.
PKS mikro yang layak bakal menerima bantuan sekaligus berjumlah RM3,000 untuk membantu mereka dalam tempoh yang sukar ini dengan bayaran disasarkan akan dibuat mulai 25 November 2020.
Jadi, bagi yang belum mohon, masih ada masa lagi untuk mohon ya.
Dalam artikel ini kami sertakan sekali syarat kelayakan dan cara permohonan GKP 2.0 untuk anda yang masih belum memohon.
Syarat Kelayakan GKP 2.0
Permohonan GKP 2.0 terbuka buat semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang memenuhi syarat berikut:
- Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
- Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
- Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
- Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
- Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
- Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020 ; atau
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020; dan
- Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat
Nilai Bantuan GKP 2.0
Jumlah nilai bantuan Geran Khas Prihatin 2.0 adalah RM3,000 secara one-off, sama jumlahnya seperti GKP yang terdahulu.
Baca juga: Status Rayuan BSH 2020 Boleh Disemak Mulai 16 November 2020
Cara Permohonan GKP 2.0
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM.
Permohonan secara online boleh mengikut langkah ini.
- Pergi ke laman web rasmi Geran Khas Prihatin 2.0 di
- Klik ‘Daftar Akaun’.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan
- Masukkan Captcha yang diberikan dan klik Butang Semak setelah selesai mengisi captcha.
- Satu Butang Permohonan Baharu akan keluar setelah selesai mengisi captcha. Klik butang tersebut.
- Isikan maklumat untuk mendaftar permohonan baru.
- Satu ruangan Pengesahan Captcha akan muncul dan masukkan Captcha yang diberikan.
- Klik Butang Sahkan Captcha untuk meneruskan permohonan.
- Setelah selesai mengisi captcha, satu Ruangan Pengesahan akan keluar.
- Pemohon mesti menanda ‘Tick’ pada kotak ruangan pengesahan untuk menghantar permohonan.
- Setelah Klik Butang Hantar, satu notifikasi akan keluar menyatakan ‘Permohonan Telah Berjaya Dihantar’ dan ini menyatakan bahawa permohonan baharu pemohon telah berjaya diterima oleh sistem.
Maklumat lanjut tentang cara daftar akaun GKP atau permohonan GKP 2.0 boleh dirujuk pada Manual Pengguna yang lengkap di SINI.
Tarikh Akhir Permohonan
Permohonan Baru atau Pendaftaran GKP 2.0 dibuka mulai 1 Oktober 2020 sehingga 31 Oktober 2020.
Tarikh Bayaran
Jika status berjaya, pembayaran dijangka akan dibuat bermula 25 November 2020.
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang
didaftarkan pada permohonan GKP 2.0. dan Akaun bank mestilah aktif.
Baca juga: Cara Semak No Siri BPN 2.0 Bagi Status ‘Gagal Kredit’ & Tarikh Bayaran
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Geran Khas PRIHATIN dengan melayari portal rasmi LHDNM atau ajukan pertanyaan anda melalui medium berikut:
- Hasil Care Line (HCL) : 03-89111000 atau 603-89111100 (luar negara)
- Melalui HASiL Live Chat: https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.
- Facebook Rasmi LHDNM – https://www.facebook.com/LHDNM,
- Twitter rasmi LHDNM https://twitter.com/LHDNMofficial