in

Sidang Media Bersama DS Ismail Sabri & Dr Noor Hisham 5 Petang Ini

ADVERTISEMENT

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan mengadakan sidang media bersama pada pukul 5 petang ini (Selasa).

Perkembangan terbaharu itu sekali gus menyaksikan kali pertama sidang media bersama diadakan olehdua personaliti yang selama ini merupakan antara wajah yang dinanti-nanti oleh rakyat Malaysia untuk berkongsi perkembangan terkini mengenai situasi pandemik dan keselamatan negara.

ADVERTISEMENT

Kebiasaannya, sidang media kedua-dua mereka diadakan secara berasingan dengan waktu kebiasaan Ismail Sabri antara pukul 2 hingga 4 petang manakala Dr Noor Hisham lazimnya pula akan menyampaikan perkembangan mutakhir COVID-19 sekitar pukul 5 petang.

Sidang media secara bersama oleh Ismail Sabri dan Dr Noor Hisham dijangka berkait rapat dengan peningkatan kes COVID-19 dalam negara sejak pertengahan Mac selepas mencatat angka melebihi 4,000 baru-baru ini.

Pada Isnin negara mencatatkan jangkitan harian sebanyak 3,807 kes, sementara hari Ahad menyaksikan 3,733 kes.

Sidang media petang ini juga dijangka menjawab beberapa kekeliruan rakyat mengenai pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei ini sehingga 7 Jun depan.

Pada Isnin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan pelaksanaan PKP berkenaan dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

teks khutbah raya jakim 2021 di rumah

Panduan Teks Khutbah Hari Raya Aidilfitri 2021 Di Rumah (JAKIM)

Rai Raya Bersama REALME. Tawaran Diskaun Sehingga 50% Hanya Pada 11 May Ini Di Lazada