Cuti Awal Ramadhan 2023 & Tarikh Mula Puasa Malaysia (JAKIM)

CUTI AWAL RAMADHAN & TARIKH MULA PUASA BAGI TAHUN 2023

Tarikh mula puasa bagi tahun 2023 adalah pada 23 Mac 2023, iaitu bersamaan dengan 1 Ramadhan 1444H.

Perkara ini dinyatakan dalam Takwim 2023 Miladiah / 1444-1445 Hijriah yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, berdasarkan Panel Pakar Falak JAKIM.

Walaubagaimanapun, tarikh awal Ramadhan tetap setiap tahun kita akan tetap menunggu pengumuman tarikh anak bulan.

Berikut disertakan Takwim Islam bagi tahun 2023 / 1444 – 1445 Hijriah beserta tarikh penting dan kaedah penetapan / pengumuman tarikh mula puasa / Awal Ramadhan 2023 untuk memudahkan anda membuat perancangan.

Tarikh Mula Puasa 2023 & Tarikh-tarikh Penting Dalam Islam

Berikut disertakan sekali tarikh penting dalam Islam bagi tahun 2023 (JAKIM).

TARIKH HIJRITARIKH MILADIHARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM
27 REJAB 144418 Februari 2023Israk dan Mikraj
*01 RAMADHAN 144423 Mac 2023* Awal Ramadan/Berpuasa
17 RAMADHAN 14448 April 2023Nuzul Al-Quran
*01 SYAWAL 144422 April 2023Hari Raya Puasa / Aidilfitri
01 ZULHIJJAH 144420 Jun 2023Awal Zulhijjah
*10 ZULHIJJAH 144429 Jun 2023* Hari Raya Korban / Aidiladha
01 MUHARRAM 144519 Julai 2023Awal Muharam / Maal Hijrah
12 RABI’ULAWAL 144528 September 2023Maulidur Rasul

Baca juga: Cara Semak Tarikh Lahir Mengikut Kalendar Islam (JAKIM)

Takwim Miladiah JAKIM 2023 (1444H-1445H)

Berikut disertakan bersama Takwim 2023 Miladiah / 1444H-1445 Hijriah bagi Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sumber: Portal eSolat JAKIM

MUAT TURUN : https://www.e-solat.gov.my/portalassets/files/Takwim%202023M%201444-1445H.pdf

CUTI AWAL RAMADHAN DI MALAYSIA

Cuti awal Ramadhan adalah termasuk Cuti Kelepasan Am Negeri di Malaysia.

Mengikut jadual yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia, negeri yang mengambil cuti sempena Awal Ramadhan adalah Johor Kedah dan Melaka.

Berikut dilampirkan sekali kalendar kuda bagi bulan Mac 2023 memudahkan anda membuat rujukan bagi tarikh cuti Awal Ramadan 2023.

cuti 2023 mac

Cara Melihat Anak Bulan / Kaedah Penentuan Tarikh Puasa

Dalam takwim Hijrah, terdapat 12 bulan. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam turutan yang tetap.

Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula setelah anak bulan (hilal) kelihatan ketika Matahari terbenam.

Jika hilal tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan tersebut, samaada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila Bulan terbenam, maka, hari tersebut dikira sebagai hari yang ke-30.

Tarikh puasa 2022
Pengumuman tarikh puasa awal ramadhan 2022

Pencerapan atau rukyah tersebut haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan dan mengakuinya dihadapan pemimpin.

Secara umumnya penetuan awal bulan hijri – terutamanya bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah adalah berdasarkan pergerakan Bulan dan Bumi mengelilingi Matahari.

Dengan pencerapan begini mendorong Muslim berkecimpung dalam bidang astronomi atau dikenali di Malaysia sebagai ilmu falak, yang meletakkan Islam terkehadapan dalam sains tersebut buat beberapa kurun.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang tarikh-tarikh penting dalam Islam, sila rujuk laman web JAKIM di atau Portal e-solat di https://www.e-solat.gov.my/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *