e-Reporting PDRM: Cara Mudah Buat Laporan Polis Hilang IC

e-Reporting PDRM ~ Tahukah anda, apabila berlakunya kehilangan barang atau dokumen yang tidak melibatkan kes-kes jenayah atau/dan yang tidak memerlukan siasatan lanjut oleh pihak polis, anda boleh buat aduan melalui sistem e-Reporting PDRM ini. 

Apa itu e-Reporting PDRM?

e-Reporting PDRM

Sistem e-Reporting PDRM adalah satu perkhidmatan yang disediakan oleh PDRM untuk membolehkan orang awam untuk membuat laporan polis secara dalam talian (online) yang tidak melibatkan kes-kes jenayah atau/dan yang tidak memerlukan siasatan lanjut oleh pihak polis.

Penggunaan sistem e-Reporting ini terhad kepada Warga Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas dan hendaklah mendaftar dalam sistem ini. Sistem ini boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang mempunyai capaian talian internet.

Masyarakat digalakkan untuk memanfaatkan peluang yang telah disediakan oleh pihak PDRM bagi memudahkan pengadu membuat laporan yang tidak berkaitan dengan kesalahan jenayah tanpa perlu hadir ke Balai Polis.

Sistem e-Reporting telah dirasmikan oleh YDH IG Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar Ketua Polis Negara sempena Majlis Penutupan Projek Rintis Balai Polis Moden Fasa I bertempat di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail pada 10 Mac 2017 yang lepas. 

BACA JUGA: Diskaun Saman PDRM 60% Sempena Hari Polis Ke-216 (2023)

Jenis Aduan e-Reporting:

1. Hilang/Tercicir Kad Pengenalan.

2. Hilang/Tercicir Lesen Memandu.

3. Hilang/Tercicir Kad Kredit/ATM.

4. Hilang Telefon Bimbit.

5. Hilang Komputer Riba (Laptop).

6. Hilang Cukai Jalan.

7. Pembantu Rumah Lari – Tujuan permohonan pembatalan permit pembantu rumah sahaja.

8. Kehilangan, kerosakan peralatan atau dokumen akibat bencana alam.

e-Reporting PDRM

NOTA: Kemudahan ini disediakan khas untuk membuat laporan polis bagi kes kehilangan dokumen atau barang-barang yang tidak berkait dengan kesalahan jenayah sahaja.

PERINGATAN:

  • Anda boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 182, Kanun Keseksaan (Akta 574) sekiranya memberi maklumat palsu. Seksyen ini membawa hukuman maksimum 6 bulan penjara, atau denda yang boleh sampai dua ribu ringgit (RM2,000.00), atau kedua-duanya sekali.
  • Anda juga boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sekiranya menggunakan kemudahan rangkaian untuk menghantar apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang palsu. Seksyen ini membawa hukuman maksimum 1 tahun penjara, atau denda yang boleh sampai lima puluh ribu ringgit (RM50,000.00), atau kedua-duanya sekali dan boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disabitkan kesalahan.

Cara Report Polis Hilang IC & Dll Menggunakan Sistem e-Reporting PDRM

Langkah-langkah membuat repot polis menggunakan sistem e-Reporting PDRM adalah seperti berikut:

  1. Layari sistem e-reporting: https://ereporting.rmp.gov.my/
  2. Daftar dan log masuk sistem e-reporting
  3. Semak butiran pengadu
  4. Masukkan butiran kejadian
  5. Masukkan keterangan kejadian
  6. Hantar butiran repot ke e-reporting PDRM
  7. Anda boleh cetak dan menerima salinan repot melalui emel
  8. Bawa laporan polis ke agensi berkaitan

BACA JUGA: Permohonan Tukar Alamat Mykad / IC / Kad Pengenalan, Prosedur, Harga

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai sistem e-Reporting PDRM ini, sila rujuk pautan berikut: https://ereporting.rmp.gov.my/ 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: